20.12.10

dari debu debu durjana

dari debu debu durjana
pada hangat besi dipanggang liuk api syaitan
meluwapkan dengus nafas jahannam
yang kau panggil syurga


dari debu debu yang sama
di hujung jarum pinjaman iblis
torniket keratan batik jawa
ketar jarimu menggenggam celaka


dari debu debu itu juga
di hujung penjuru meja kaca
lima puluh dalil yang tinggal kini hanya tiga puluh
dua puluh gulung nikmat di hujung hujung hayat


laungkan selamat pada tibi! 
ucapkan sejahtera pada HIV!
debu debu yang kau hirup dulu 
kuman celaka yang kau dapat kini!


lama ini kau pun diam
datanglah khabar duka dari pantai yang bercahaya
bulan lalu padam
ombak perlahan jadi surut
di dasar laut selatan china itu ada pusara


dari jauh ibu mengirim luluh dan air mata
ayah tak sudah menggeleng hiba
dan dari aku untuk kau hanya sepotong doa;


"tuhan ampuni dia,abangku sayang abangku sayang..." 

10 komen

17.12.10

asid kuat dan asid lemah

oleh kerana asid kuat bercerai dengan lebih banyak daripada asid lemah, maka pada kepekatan asid yang sama,kepekatan ion Hidrogen dalam asid kuat adalah lebih tinggi dari asid lemah,oleh itu nilai pH asid kuat adalah kurang daripada nilai pH asid lemah walaupun keduanya berkepekatan sama.


sekian terima kasih.
1 komen