31.8.10

mahumu dan harapku

(buat kau yang mungkin mengerti..)


apa lagi yang kau mahu
apa lagi nak ku harap
bila mahumu dulu hanyalah separuh harapku
lantas tinggallah hanya hiba
yang berladung di jendela mata
jatuh jadi titis-titis duka

dalam diam kata-kata
hati telah jadi basah
seputar menanti
harapku kau mahu
namun kembali
kau tetap dengan egomu
seguris aku jadi hampa

ah
lupakan saja cerita dulu
tidaklah lagi ku berharap
tapi andai kau terbaca
saat kata-kata dari perenggan  ini
tahulah
masih tega ku rasa hangatnya
dan ku yakin kau juga begitu.


7 komen