Seekor siput itu tak pernah mengerti mengapa ia harus jadi siput; makhluk lembik lambat bertanduk dua.
Argh!
Seekor siput itu tak pernah mengerti mengapa ia harus jadi siput; makhluk lembik lambat bertanduk dua.
Argh!
The oblique rays of lamp post by the hazy southern road lead to nothingness;
a void long avoided
a hole of sorrow
a mound dug deep
a crimson old scar.
And tragedy is now.
Ia sakit dan aku tak mahu tersenyum.
Ketika jarak adalah musuh
bas pun menderu, bunyi enjinnya
seakan ketawa
seakan mengejek
seakan mengeluh
seakan kecewa.
Aku bahkan berganda kecewa darinya.
Sebelum tidur aku kirimkan pesan ke bulan sabit;
semoga ia tak lagi sakit dan aku mau terus tersenyum.
205 Susana,
24 April 2013.
Selamat sejahtera Sang Jibril,
khabarnya sayapmu patah? ya
jadi manusia tidak mudah,
bayang itu adalah bayang anak yang melutut minta diampun dosa bapanya.
selamat sejahtera kunang kunang,
belum mahu lena? ya,
pelesit dan belalang gaduh berbual, bagai cengkerik mencari betina.