9.8.11

sepudar kejora (iv)

apa itu hujan kanda?
kalau langit berbayang hitam,
alam berbalam muram,
dan pada syurga di hujung ufuk,
kini hanyut kian tenggelam?

baca juga : 
0 komen

doodle khat (ii)

Assolatu khairum minannauum.

Published with Blogger-droid v1.7.4
2 komen

sepasang kekasih dan nota-nota dari tuhan (i)

apalah yang bisa diperbuat,
dalam waktu ini yang demikian singkat,
melainkan tubuh ini kau rangkul erat,
lalu manis bibirmu di ulas bibirku merapat,
dan mata kita pun terkatup nikmat.
Published with Blogger-droid v1.7.4
1 komen

6.8.11

doodle khat








ini lah salah satu dari banyak kecintaan lara, selain puisi dan kata kata indah, tulisan jawi yang indah. masih belajar memahiri seni khat. dan ini hasil conteng2 pagi tadi. jika anda perasan, dan jika anda boleh membaca tulisan jawi, nama "Iqbal Hamid" paling banyak bertaburan atas A4 di atas. siapa Iqbal Hamid ini? ahahahhaha cari sendiri lah. ini atas semangat dia juga. khat conteng sampai patah mata pensil lara pagi tadi, kerana dia pun minat juga nampak nya, jadi lara abadikan nama dia dalam tulisan jawi dalam blog ini.. ..Iqbal, this is for u. hihi
2 komen

5.8.11

ini baris penuh luka dan sepi (i)

  • puing puing masa mendebui denai hayat, dan rimbun kenangan pun bagai tak sudi lagi, ia meluruh lalu menjauh


  • sejenak talkin dibaca, dikuburan cinta. taburlah mawar renjislah airmata, cinta itu terbunuh dek cemburu dan salah sangka.


  • rintik rintik hujan bagai bara merah berjatuhan membakar kulit, rintik rintik airmataku apatah lagi.


  • langit pun bagai tak sudi lagi, ia membayang kelam walau dalam biru. kau juga bagai enggan lagi, lama diam dan terus berlalu.


  • alis keningku yang pernah kau kecup dulu, bagai ranting kering tempat tergantung sepi kini.


  • aku bukan pelacur, tapi kesepian sentiasa mahu melangganiku. setitis, dua titis, airmata jadi hiasan dan sepi, ia tidak pernah peduli.


  • hati bagai kertas, dilarik berus mencipta luka di dada kanvas dan warna sepi pun berbalam balam, menghitam dan muram.



**baris baris ilham lara dari @twitter
1 komen