Showing posts with label dia. Show all posts
Showing posts with label dia. Show all posts

13.1.11

Jika Aku Masih Begini, Tetapkah Engkau Kekal Begitu?

(Jika anda mahu mendengar lara membacanya boleh dengar di sini atau sini. Maaf  jika tidak memuaskan hati. Suara lara memang taksedap. Akan lara cuba perbaiki nanti.)


Jika pekat malam tanpa kerdip bintang itu adalah aku,
masih mahukah kau menjadi kelip kelip yang tulus cahayanya?

Jika gersang tanah di telapak kaki mu itu adalah aku, 
masih inginkah kau menumbuhkan tunas tunas kasih di halamannya?

Jika keruh air di muara hayat itu adalah aku, 
masih sudikah kau melayarkan perahu cinta di dadanya?

Jika matiku di hujung dunia terbenamnya lahad itu,
masih tegakah kau mengharumi nisan dengan air yang basah mawarnya?

Jika aku masih aku dan masih begini,
tetapkah engkau masih engkau dan kekal begitu?


Published with Blogger-droid v1.7.4
2 komen

5.11.10

embun yang hilang

Sendirian aku mendakap malam
Dalam dingin mimpi bertemu bulan
Aku telah bertemu kamu

Walau apa pun kiasku
Hatimu teguh di bintang itu
Yang selamanya milik dia

Secerah kerdip senyum nya
Kamu berdua memang sepadan
Aku ini yang tak tahu malu

Lalu jadilah aku hanya embun
Yang menanti datang pagi
Untuk hilang dan abadi
8 komen