Soal diri kepada diri yang lain (i)
30.5.12
29.5.12
Pantun Untuk Kanda (vii)
Habis pulut hidangkan nasi,
Makan dengan ulam pegaga,
Manis mulut berdagang janji,
Cinta kuharap rupanya tiada.
Pohon kelapa akarnya reput,
Tunggu waktu rebah ke bumi,
Bahkan cinta bertarikh luput,
Dulu mahu sekarang benci.
Ewahhh..!
20.5.12
Pantun Untuk Kanda (vi)
Daun pandan daun selasih,
Ada sagu dibuat bubur,
Saat terpandang mantan kekasih,
Jantung berdegup rasa nak gugur.
Anak dara berbaju kebaya,
Santun pekerti bertambah ayu,
Kalau cinta sudah tiada,
Apalah lagi hendak kurayu.
Ewahhh!
19.5.12
Serangkap Sajak Sepi
Duka ini, adalah anak anak sepi. Pada rumah sebuah puisi, diam mereka di tangga kata serangkap nestapa. Penyajak itu tidak lagi tahu bagaimana mahu mengeja bahagia..
sepasang kekasih dan nota nota dari tuhan (xiv)
Lalu yang jatuh sakit adalah hati, cinta yang tak ketahuan pergi meninggalkannya sendiri sendiri. Sebegitukah mudah, aku kau anggap sekedar tempat bersinggah?