20.12.10

Debu Durjana

Dari debu debu durjana
pada hangat besi dipanggang liuk api syaitan
meluwapkan dengus nafas jahannam
yang kau panggil syurga

Dari debu debu yang sama
di hujung jarum pinjaman iblis
torniket keratan batik jawa
ketar jarimu menggenggam celaka

Dari debu debu yang membahana
tersisa di hujung penjuru meja kaca
lima puluh dalil yang tinggal kini hanya selusuhan sekarat
dua puluh enam gulung nikmat di hujung hujung hayat

Dari debu debu itulah jua
Sebentar ia menjauh sedetik kau mengaduh
Tersandar seluruh perit tak tertelan segala sakit
Hidupmu sekadar senafas serupa mayat menunggu lahad

Laungkan selamat pada tibi-! 
ucapkan sejahtera pada HIV-!
dari debu debu yang kau hirup dulu 
kuman celaka yang kau dapat kini-!

Wahai, lama ini kau pun diam
telah datang khabar duka dari pantai yang bercahaya
bulan lalu padam
ombak perlahan jadi surut
di dasar laut selatan China itu ada pusara

Dari jauh emak takhenti mengirim luluh dan air mata
ayah taksudah menggeleng hiba
dan dari aku untuk kau hanya ratiban sepotong doa;
"tuhan ampuni dia, abangku sayang abangku sayang..."
10 komen

17.12.10

asid kuat dan asid lemah

oleh kerana asid kuat bercerai dengan lebih banyak daripada asid lemah, maka pada kepekatan asid yang sama,kepekatan ion Hidrogen dalam asid kuat adalah lebih tinggi dari asid lemah,oleh itu nilai pH asid kuat adalah kurang daripada nilai pH asid lemah walaupun keduanya berkepekatan sama.


sekian terima kasih.
1 komen