13.1.11

jikalau aku tetap begini, masihkah engkau kekal begitu?

(jika anda mahu mendengar lara membacanya boleh dengar di sini atau sini.maaf jika tidak memuaskan hati.suara lara memang tak sedap.akan lara cuba perbaiki nanti.




jika pekat malam tanpa kerdip bintang itu adalah aku,
masih mahukah kau menjadi kelip kelip yang tulus cahayanya?

jika gersang tanah di telapak kaki mu itu adalah aku, 
masih inginkan kau menumbuhkan tunas tunas kasih di halamannya?

jika keruh air di muara hayat itu adalah aku, 
masih sudikah kau melayarkan perahu cinta di dadanya?

jika matiku di hujung dunia terbenamnya lahad itu,
masih tegakah kau mengharumi nisan dengan air yang basah mawarnya?

jika aku masih aku dan masih begini,
tetapkah engkau masih engkau dan kekal begitu?





*masih dalam pembikinan.akan dikemaskini nanti.okey lara dah tambah lagi satu line penutup!okey tak?
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

Anonymous said...

Nice..:)-Ganja-

Anonymous said...

Nice..:)-Ganja-