26.3.11

seorang bulan di langit muram

Telah kau campakkan bulan itu ke langit muram,
Apa sedarkah kau yang bulan itu adalah aku? 
Dari jauh merenung hiba, 
Ada sinarku yang terpantul di keruh kolam mata mu.
0 komen

25.3.11

pohon kematian dan sayap timur yang cahaya


Telah dijanjikan pada pohon kematian itu,
Yang menumbuh subur dan gagah, di kebun tua yang debunya dari mutiara yang memerah bak delima,
Akan tiba suatu ketika akan ku jamah buahnya yang manis dan kelat,
Tetapi, tidak akan terpetik buah kematian,
Tidak hingga usai nama ku di ukir pada batang pohon itu,
Oleh pekebunnya yang berwajahkan Timur yang cahaya,
Oleh pemetiknya yang bersayapkan Lam Yalid Walam Yuulad,


Lalu bertanyalah; "adakah buah untukmu itu akan manis atau kekal kelat?"
Aku berharap yang manis manis sahaja,
Tapi kalau baja yang ku tolong tabur dulu bukan pula baja yang amal,
Apa nak ku harap buah kematian ku tidak pahit atau kelat?
Jadi sampai saat merasa, memakan dan menelan,
Saat buah kematian bercebis cebis melalui tenggorokan,
Hanya yang akan tahu cuma lah aku dan Dia,


Dan pohon kematian akan terus menumbuhkan hasilnya,
Dan nama nama lain akan terus diukir,
Tiap sebiji untuk satu jiwa,
Terus meranum, dipetik dan memutik kembali hingga ke penghujung masa.

*Belum lengkap. Akan di-edit lagi nanti.
terinspirasi dari mimpi2 lara kebelakangan ini yang kerap tentang hujan dan ribut bagai nak kiamat. tanda nya mungkin lara akan dapat bala sakit. tapi pada Tuhan saja kita berserah.
7 komen

24.3.11

sepudar kejora (ii)

apa itu siang kanda?
kalau angin meniup fitnah,
matahari menempik herdik,
dan pada awan di kaki langit,
kini kelabu di dasar jiwa?


baca juga :
0 komen

18.3.11

Review Buku - Senjakala oleh Baharuddin Kahar

SenjakalaSenjakala by Baharuddin Kahar

My rating: 5 of 5 stars

Antara novel Melayu terbaik dalam memperlihatkan hubungan luhur antara bapa-anak-alam. Watak utama seorang lelaki tua  bekas seorang pemburu ulung pada zaman mudanya, dengan anak perempuan yang mempunyai penyakit leukimia. Si anak mengidam makan daging rusa. Dan bapanya dalam kudrat yang tinggal sisa cuba memenuhi keinginan anak tunggal nya yang tunggu masa nak mati. Berhari2 dia berusaha menjejak rusa dengan penuh kepayahan. Tapi bila dia berjaya dapat, anak perempuan yang dikasihi nya sudah pun meninggal dunia. Sangat mengharukan dengan latar suasana kampung dan hutan rimba yang amat realistik TERBAIK! aku bagi 5 bintang.



Nak pinjam? Boleh kontek lara. Kita tukar tukar buku!

View all my reviews
2 komen

5.3.11

rindu kita yang tak tertanggung


Kau buat hatiku lega, 
dari beban rindu yang tak terdukung, 
Beban rindu yang serupa,
yang turut sama kau tanggung. 
0 komen