30.12.11

mazhab yang ke tujuh puluh empat

kegembiraanmu adalah kiblatnya
rindu sudah umpama ibadat
jika cinta padamu adalah agama
maka akulah penganut yang paling taat.
0 komen

ia buta tapi bukan pelupa

apa itu masa lalu?
mengapa sukar mengusir rindu?
jika cinta itu buta,
tak bisakah ia juga pelupa?
0 komen

27.12.11

Pantun Untuk Kanda (ii)

1. tinggi tinggi si pucuk paoh
   yang tumbuh renek dimakan sapi
   selamat pagi abang yang jaoh
   rindu adik terbawa mimpi.


2. sudah kering si daun kayu
   kapak batangnya dibuat para
   sudah nama pun gadis melayu
   senduk belanga permainan saya.


3. tanam ubi buat makan
   tanam jagung berselang seli
   bukan perut yang adik kisahkan
   santun abang berbudi pekerti.



4. teduh rendang si pohon kari
   bunga sekuntum dipetik jangan
   usahlah abang merendah diri
   adikpun bukan merak kayangan.



5. bawa sagu dalam perahu
   bawa berdagang ke pulau kapas
   kalau mahu katakan mahu
   kalau malu bimbang melepas.


6. padi pulut dari selatan
   padi wangi sawah di hulu
   sini hujan sana pun hujan
   sini rindu sana tak tahu.


7. tanam pisang tepi perigi
   bersalin jantung warnanya merah
   diam abang kemana pergi
   adik di sini rindu dah parah.


8. anyam rotan jarang jarang
   buat layur batang keladi
   sudah lah sudah ke majlis orang
   majlis kita bila nak jadi?



9. pohon nangka jangan ditebang
   biar berbuah sampai ke tua
   kahwin lari kata abang?
   hai kelak yang malu keluarga kita.



10.panggil anak suruh balik
   sudah maghrib hampir senja
   apalah susah berdolak dalik
   kalau tak hendak khabarkan saja.


ewahhh..!





0 komen

Berdagang Pantun (iii)

air mawar dibuat bubur,
rasanya enak bukan kepalang,
jiwaku tawar harapan lebur,
sayangnya cinta ada penghalang.
- @Jimbotiram

kain perca kain renda,
alas meja kayu jati,
jodohku harap rupanya tiada,
remuklah jiwa tangis tak henti.
- @lara_nur


***


buah beringin tidak bermata,
buah padi putih berseri,
hanya satu yang abang pinta,
jangan bersetubuh dengan lain lelaki.
- @cbhrsdrjm

tahi lalat di pipi kanan,
alis lentik sehitam arang,
tubuh adik bukan mainan,
dijanji milik abang seorang.
- @lara_nur


#ewahhh !!
0 komen

24.12.11

apa itu cinta? (i)

cinta bukanlah hanya peluk cium dan mencipta berahi
cinta itu murni, ia sederhana
seperti menatap matamu yang jeli
dan tak pula jemu jemu dengannya
ya, itulah cinta


***lara tak sukakan puisi ni.
0 komen

17.12.11

Berdagang Pantun (ii)

Langit mega awan bergulong,
Angin berlagu menyentuh jiwa,
Apa harga kaseh yang agung?
Di mana hujung cinta setia?
- @Jimbotiram

Awan bercapuk seputih gading,
Angin bertiup sesepoi bahasa,
Kaseh yang agung tidak terbanding,
Cinta setia tiada akhirnya.
- @lara_nur
Published with Blogger-droid v1.7.4
1 komen

14.12.11

dari bibir ke bibir

bahkan bibir ini selalu tahu
arah jalan pulang ke bibirmu
demikianlah usah lagi bimbang
biarkan cinta menuntunmu pulang.
0 komen

4.12.11

diari sekeping patung kertas; halaman akhir

DARI sekalian kata selepas sekian rasa yang menjelmakan cerita. berbaris baris perit duka melarat dan hiba. akhirnya kau pilih berkata 'tidak'.

diari itu pun pantas menemui tanda noktahnya. lembarnya jeda lalu terus mati. tertutup rapat tak mungkin terbaca lagi. sekurang kurang tidak oleh si pemilik diari; si patung kertas itu sendiri.
0 komen