27.12.11

Pantun Untuk Kanda (ii)

1. tinggi tinggi si pucuk paoh
   yang tumbuh renek dimakan sapi
   selamat pagi abang yang jaoh
   rindu adik terbawa mimpi.


2. sudah kering si daun kayu
   kapak batangnya dibuat para
   sudah nama pun gadis melayu
   senduk belanga permainan saya.


3. tanam ubi buat makan
   tanam jagung berselang seli
   bukan perut yang adik kisahkan
   santun abang berbudi pekerti.



4. teduh rendang si pohon kari
   bunga sekuntum dipetik jangan
   usahlah abang merendah diri
   adikpun bukan merak kayangan.



5. bawa sagu dalam perahu
   bawa berdagang ke pulau kapas
   kalau mahu katakan mahu
   kalau malu bimbang melepas.


6. padi pulut dari selatan
   padi wangi sawah di hulu
   sini hujan sana pun hujan
   sini rindu sana tak tahu.


7. tanam pisang tepi perigi
   bersalin jantung warnanya merah
   diam abang kemana pergi
   adik di sini rindu dah parah.


8. anyam rotan jarang jarang
   buat layur batang keladi
   sudah lah sudah ke majlis orang
   majlis kita bila nak jadi?



9. pohon nangka jangan ditebang
   biar berbuah sampai ke tua
   kahwin lari kata abang?
   hai kelak yang malu keluarga kita.



10.panggil anak suruh balik
   sudah maghrib hampir senja
   apalah susah berdolak dalik
   kalau tak hendak khabarkan saja.


ewahhh..!





No comments: