16.9.12

Apa Khabar, Hujan?

Selamat pagi hujan. Sudahkah engkau sarapan? Aku bukan bermimpi; kau nyata tiba sepagi ini, mau bertemu siapa? Jalan rumahku yang berdebu, rumput ilalangnya itu atau rindumu sebenarnya pada aku? Katakan hujan, tak perlu malu. Bahkan aku selalu suka mendengarkan rintik rintih rindumu itu. Kerna tahukah engkau hujan? akupun selalu mengingatimu. Iri pada layang layang, sesekali jatuh dengki pada kapal dan burung yang terbang. Ah, betapa bodohnya, betapa aku menjadi bukan bukan, aku cemburu pada mereka yang mudah mudah dekat padamu. Kerana aku, hanya mampu memasang angan dan memandang ke langit berawan lalu berdoa; semoga engkau di atas tidak lupa dan lekas lekas jatuh ke pangkuan. Ah, dan kini akulah yang paling bahagia, hujan. Doaku dimakbul tuhan. Kau nyata, ada di depan mata, lalu diam lah di dalam dakapan. Saling bersuap suap sarapan dan barangkali menyambung mimpi kemudian...


No comments: