Pantun favorite dari kecil2 dulu,
Tenang tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.
Lagi satu pantun nostalgia, ada cerita di balik kata kata,
Batang selasih permain budak,
Daun sehelai dimakan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.
Ah..betapa indahnya bahasa melayu..penuh sopan dan rendah diri terbayang bersama.. dan bila mana terdengar atau terbaca di mana mana otomatik tersedar..
''mengapa perlu akan kesedihan bila mana hidup itu sendiri bererti payah.betapa sia sia menurut rasa murung dan gelisah sedangkan jika betul para langkah nya kita boleh saja infiniti bahagia, kerana payah, murung, derita dan gelisah itu umpama memang tak akan padam.jadi kita hanya perlu terus saja berpura pura yang payah itulah hakikat bahagia..''