31.1.10

Lagu Tuhan


menjelang senja ini
dalam sayup lagu tuhan
bergema memanggil aku pulang
dari 1400 tahun berlalu
masih melodi dan lirik itu
telah aku hafal
bersama-sama
hadir tenang dan sunyi
menyahut panggilanNya
agar sujud ku tetap pada waktu
0 komen

Takdir itu takdir ajalku



almari berzip biru itu ciptaan indah

carik di tepi sekurun yang lalu
namun utuh,masih ia tetap disitu

pada lipas2 dan arnab kecilku juga kucing comel yang gebu2,
berbahagialah kalian
sesungguhnya seluruh kamu
adalah sahabatku,benar2 sahabat
kala sunyi siang mahu sepi malam ku
kala girang tawa mahu gundah jiwa ku

namun takdir ini umpama mimpi
sekali ia tiba aku tepana antara pasrah dan enggan percaya
ngongoi ku bagai anak kucing kehilangan ibu
aku panik mendetik waktu
waktu nyawa diambil tuhan

ya sahabat!
takdir itu takdir ajalku
lalu hartaku yang satu itu
almari berzip carik2 biru
aku tinggalkan saja ia di situ

jadi,
selamat tinggal semua
aku pergi dulu

tunggu...!!

ohh...sesungguhnya aku masih belum mahu
sesal ku tak sudah2
akhir nanti nasibku belum tentu
kerna aku umat yang lalai
masih kah ada ruang?masihkah ada sisa?masihkah ada belas ihsan dariMu?
telah terlambat benar kah aku?

oh tuhan...kau terimalah taubatku...
0 komen

Duit Kopi

Kau jadi buta
kau jadi lupa
lebih dari tu kau pura pura
dengan duit kopi kau isi tembolok anak bini


Wahai
tuhan pun menjauh
dengan malaikat jadi saksi
sekarang kau mungkin ketawa
"ha! ha! ha!"
"duit kopiku! duit kopiku juta-juta!"

Tapi
percayalah wahai hamba tuhan
di hujung hujungnya
akan ada resah yang mendesah
akan ada sesal yang tak sudah
saat itu saat kau rebah
saat kau hilang maruah


Kembali di depanNya
kau pun tengadah
mendengar duit kopi kau berhujah

oh...!
duit kopi kau pula yang ketawa?

ketawakan kau
yang dulu selalu lupa
pura pura buta

Lalu dibicara itu
kau pun kalah
maaf, mahkamah rayuan telah ditutup
tarikh akhir sebelum ajal
tapi kau buat tak endah



Dan anak bini mu?
"wahai abang mengapa harus begini?"
"wahai ayah tak sayang kah pada kami?"


Hilang sudah tawa
tak ada lagi tangis
hanya engkau dan duit kopi
yang terbakar abadi.



0 komen

Teristimewa buat CLJ

(Buat anda blogger CLJ...Lara persembahkan khusus...)

Jiwa ini yg kau cari-cari
Tak mungkin dpt kau ketemu
Kerna ia telah hanyut
Membawa sarat luka dan hampa
Menyusur sungai hidup
Berarus tangis dan duka
Lewat syukur dan suka
Akhir hari
Nun di hujung kuala
Dibawah lembayung senja
Tatkala suria memanggilmu pulang
Aku pasti akan disitu
Menantimu dlm senyum
Kerna kebersamaan itu adalah nyata
Walau hanya,
Yg tinggal cuma bayang-bayang


Jiwa-jiwa ini ketemu jua.
2 komen

Pagi yang sakit




pagi ini pagi yang sakit

dan berkelana lah aku di atas rimbun awan kelabu
dari titis-titis embun kelmarin
dan air mata duka


dan di bawah
sayup hijau basah bumi tuhan
dan pagi ini seperti pagi-pagi yang lain
tikus berkejaran riang antara reroda rapuh
pipit berkiung girang antara bebukit merah
sang kucing masih enak di sangkar mimpi


dan di sini
tika semut gula nya diambil orang
pantas teh itu kubancuh,perlahan
dengan sisa2 airmata duka
dengan iringan sayup doa
moga pagi ini tidak lagi sakit


ia bisa sembuh
kerna sesungguhnya
yang sakit itu adalah aku...
0 komen

Ebiet G.Ade's

Kau pahat langit dengan angan-angan,
Kau ukir malam dengan bayang-bayang,
Jangan hanya diam yang kau simpan,
Dalam duduk termenung malam yang kau sapa lewat tanpa jawab...


Ebiet G.Ade
0 komen

30.1.10

kau doktorku!

wahai kasih,
aku sakit ni,
mahukah kau jadi doktorku?

kau tahu doktor lain tak mungkin,
kerna sakitku sakit rindu,
sakit rindu pada mu kasih,

please,
aku mau jadi pesakitmu,
oh kasih,
rindu sudah makin parah,
please kasih,
ubatilah aku!
1 komen

hakikat

(semalam tidurku tak berapa nyenyak... lalu...terkenang2 lah aku...puisi ini untuk diri...untuk jiwa2 yang mungkin mengerti)


rindu itu hakikat,
sunyi itu hakikat,
cinta itu mukjizat,
dalam suram dalam kelam jiwa manusia-manusia,
manusia yang lupa,
manusia yang buta,

kerna manusia juga hakikat,
kerna kelupaan juga hakikat,
kerna suram kelam jiwa ini juga hakikat,

maka,
jadilah kita hanya,
butir-butir debu,
dalam kontang lopak-lopak hidup,
di mata tuhan menyusur ni'mat,
ni'mat cinta,sunyi dan rindu,
ni'mat-ni'mat yang tak pernah berkat,

dan,
di penamat yang pasti itu,
tetaplah kita hanya debu,
hanya itu.
2 komen

26.1.10

steve von till

aku minat betol dengan dua lagu steve von till neh! so tadi carik2 lirik dia...memang puitis n amat mendalam sekali maknanya...melodi jangan cakap la...terawang2 je rasa bila mendengarnya

WE ALL FALL


When the golden bough breaks
The cradle of civilization
When our island sinks in the sea
Songs of the siren will lure us down

Ashes, ashes, we all fall

When the king is dead
And we ride wild horses
When we climb to the top of the mountain
And come tumbling down

Ashes, ashes, we all fall
Down






-------------------------------------------------------
TWICE BORN


The wind sings alone for the martyr
A man against the age
Many called but few are chosen
Twice born into the gaze

ohh..

Challenging man made illusion
The truth against the world
Men go to graves with their truth
Still the sun will rise

ohh..

Surrender mind to the mystery
The seen and the unseen
Sever head from their disgrace
Religions founded and undone

ohh..



0 komen

23.1.10

pertamanya : assalamualaikum

blog khas yang lara khususkan buat jiwa ini meluahkan rasa.isyaallah akan dikemas kini lagi nanti.permulaan ini lara abadikan ....

wahai tuhan
samar jiwa ini
mencari cahayaMu
dalam kabut awan kelabu
lindungilah aku
bawah payung berkahmu
selalu

yang mengharap,
aku
hambamu

MASIH MENCARI-CARI?

0 komen