8.4.10

malam berdarah merah

kukira malam itu malam bertuah
hujan masih bersyair indah
aku di kamar sendirian
resah menunggu utusan
dari pipit kesayangan
terbangkan aku khabar riang

. . .

dan sepertiga malam aku sendirian
di kamar menunggu pipit sayang
pipitku lalu datang
ah!pipitku berdarah!
Achtung!
simpang siur peluru Hitler
3 bidik 2 tepat
katanya memercikkan merah
kata pipit
"wahai teman,setan kau tewas lagi"
jadi apa perlu aku muram
andai yang rebah itu setan jua

pipitku lalu pulang.

malam itu bukan malam bertuah
tapi malam berdarah.merah.

*kamarku 8/4

3 comments:

Azam Abd Rahman said...

Mmmm, blog ini dah berubah wajah dn yg lebih penting adalah ianya terus diurus dengan baik. Jangan berhenti menulis biarpun sepotong ayat. Juga terima kasih kerana membuat pautan blog azam dari sini dan terima kasih kerana sering menjenguk saya ~ Abang Azam

lara nur said...

terharunya... sungguh terharu... ada jugak yang sudi datang ziarah blog lara yang tak seberapa ni...terima kasih atas pesanan abang...lara usahakan selalu!insyaallah. :)

mohon komen mana yang lara perlu perbaiki..terima kasih ya

azam said...