22.9.10

rindu melah

semalam
aku selak-selak
aku belek-belek
di celahan kitab usang 
di bawah laci katil jati
aku jumpa ini

kertas lusuh terlipat dua
rakaman kanak-kanak
tentang kucingnya
yang nama melah

terlihat itu aku tergelak
tapi sejurus terus diam
dari diam perlahan jadi hiba
teringatkan melah
yang dah lama tiada

ya benar tekaan kamu
akulah kanak-kanak itu
melah kucing kesayangan ku
betapa aku rindukan melah
teman terbaik saat;
sepi gundah riang tawa ku

namun sudah begitu takdir nya
apa lagi nak ku sanggah
melah hilang tak kembali
menangis aku berhari-hari
sambil berdoa; "melah nanti kau balik ya"
tapi hampa

sekurun kenangan berlalu
kertas lusuh kulipat semula
dan dengan hujung baju
aku kesat air mata.

5 comments:

Anonymous said...

la..untuk melah ke? kekekeke, dah tanam ke blum..

lara_nur said...

sampai hati.kan melah hilang.tak ada apa nak di tanam tak ada kubur nak di lawat sebab melah cuma hilang bukan mati.

understood?

Anonymous said...

ye ke? yg mati tu yg mana? yg dalam pasu tu?

Anonymous said...

ye ke? yg mati tu yg mana? yg dalam pasu tu?

lara_nur said...

sampai hati.kan melah hilang.tak ada apa nak di tanam tak ada kubur nak di lawat sebab melah cuma hilang bukan mati.

understood?