1. Kehadapan kekasihku yang tertunda, pada saat tuhan menulis takdir kita, selembar halaman sengaja dikosongkan, lalu kita pun takkan pernah bertatapan.
2. Kehadapan kekasihku yang tertunda, mimpi mimpi sekedar sampul surat tak beralamat, lalu ke mana lagi nak kukirim rindu ini yang makin memberat?
3. Kehadapan kekasihku yang tertunda, langit makin hitam, merah senja kian muram, aku masih di jendela mengenang kau entah di mana.
4. Kehadapan kekasihku yang tertunda, saat kau lelap, tanganku di tubuhmu kejap dan akan kubawa terbang membawa mimpi ke dalam mimpi.
5. Kehadapan kekasihku yang tertunda, embun lagikan tak berdaya, dalam matamu di pipiku mungkin, dan yang gugur kerana tak berdayanya kita.
6. Kehadapan kekasihku yang tertunda, senyumlah sayang, akanku memandangmu dari jauh, dalam sekadar mimpi mimpi, sambil mungkin menangis sendiri.
7. Kehadapan kekasihku yang tertunda, takdir itulah algojo yang memancung cinta kita, darahnya kekal mewangi, tetap mengalir hingga ke syurga.
8. Kehadapan kekasihku yang tertunda, kita bertemu hanya sekadar untuk menjauh kembali, bak dua jarum jam yang perlahan menghambat, bahkan masa turut membenci.
9. Kehadapan kekasihku yang tertunda, simpan saja surat cintamu, baris baris sajak itu tiada yg akan membacanya lagi, tidak waima aku sendiri.
10. Kehadapan kekasihku yang tertunda, apalah lagi yg bisa kuperbuat, hidup melarat dengan mengemis cintamu, yang hanya sekadar ada, yang sekadar sisa.
11. Kehadapan kekasihku yang tertunda, malam malam serupa ini, aku mengingatimu bak kamar tak berpenghuni. tanpamu, ia tak berseri bahkan sunyi.
12. Kehadapan kekasihku yang tertunda, beredarlah jauh dari janji janji yang tak mungkin bisa kita materai, kerana ia takkan dapat lagi kau gapai.
13. Kehadapan kekasihku yang tertunda, kita cuba mencipta kenangan, namun, bak mimpi, ia kabur dan tak pernah bertahan.