26.11.11

dinda jual kanda beli, ya? (i)

anyam lipat sulur kajang,
ada benang dibuat kain,
kalau hayat adik tak panjang,
adakah abang kahwin lain?
- @Lara_nur

anyam tikar hujan mencurah,
gulung tikar hujan dah reda,
pusara adik tanahnya merah,
begitulah inai di jari kanda.
- @Jimbotiram

pohon kelapa tiada berdahan,
ambil daunnya dibuat raga,
kalau dah itu takdir tuhan,
temukan adik di pintu syurga.
- @Lara_nur


23 Ogos 2011

No comments: