6.3.12

Sepi Itu Adalah... (ii)

  • sepi adalah helaian baju baju dan spenda  dalam mesin basuh yang kau lupa putarkan pagi tadi. 

  • sepi bagaikan nyala dapur paling biru, yang dirindunya ialah hitam bontot kuali itu. 

  • sepi adalah sayur bayam yang layu dalam peti sejuk paling bawah itu kerana kau sebenarnya lebih suka taugeh. 

  • sepi ibarat kueh kasui tanpa kelapa parut, alangkah manis tapi tiada berlemak.

  • sepi adalah lensa lensa kamera tanpa drybox, yang ada cuma fungus dan kulat cagu.

  • sepi ibarat ular sawa kekenyangan hamster. seminggu? dua minggu? terbelenggu lah ia jauh dari belaian dan suapan manja.

  • sepi ibarat himpunan kontena tanpa kren. terduduk terdiam tanpa haluan tak tahu kemana, akhirnya karat di pelabuhan.


Nota penulis: Yee, itula dia makna sebuah kesepian.

***

3 comments:

melati al nafis said...

Aku suka yang ini,..serius

lara nur said...

aduhai. .. awak suka ke! terharu lah sikit2. sebab ia agak merepek kan? hihi

melati al nafis said...

saya dah bokmark blog awak :-) ,..suka cara awak menulis,..teruskan,..begitu mendalam...