- sepi adalah helaian baju baju dan spenda dalam mesin basuh yang kau lupa putarkan pagi tadi.
- sepi bagaikan nyala dapur paling biru, yang dirindunya ialah hitam bontot kuali itu.
- sepi adalah sayur bayam yang layu dalam peti sejuk paling bawah itu kerana kau sebenarnya lebih suka taugeh.
- sepi ibarat kueh kasui tanpa kelapa parut, alangkah manis tapi tiada berlemak.
- sepi adalah lensa lensa kamera tanpa drybox, yang ada cuma fungus dan kulat cagu.
- sepi ibarat ular sawa kekenyangan hamster. seminggu? dua minggu? terbelenggu lah ia jauh dari belaian dan suapan manja.
- sepi ibarat himpunan kontena tanpa kren. terduduk terdiam tanpa haluan tak tahu kemana, akhirnya karat di pelabuhan.
Nota penulis: Yee, itula dia makna sebuah kesepian.
***
3 comments:
Aku suka yang ini,..serius
aduhai. .. awak suka ke! terharu lah sikit2. sebab ia agak merepek kan? hihi
saya dah bokmark blog awak :-) ,..suka cara awak menulis,..teruskan,..begitu mendalam...
Post a Comment