Kematian adalah janji tuhan. Tuhan tak pernah mungkir janji, lalu kematian adalah pasti. Tiada bantah lagi. Kematian yang baik adalah yang dialu alukan dengan senyum dan lapang dada. Ironi. Biar yang ditinggalkan pastilah kedukaan dan air mata. Menderita sakit yang lama dan gampang sembuh lagi. Itu antara impian lara. Impian tentang harus bagaimana lara mahu mati. Impian terakhir sebelum meninggalkan dunia. Dan semoga mati lara adalah mati yang tidak sia sia. Mati namun terus diingati. Dan lara amat berharap lara diingati kerana belas ihsan dan puisi puisi. Lara jua sangat mempercayai doa, lalu mengingati kata Goenawan Mohamad, "puisi juga adalah doa". Maka, kelak bila diri ini sudah tiada lagi, kasihanilah lara dengan membaca paling tidak sepotong puisi lara yang paling anda suka. Nikmati dan percayalah ia, demi berbuat demikian bermakna anda juga mendoakan lara. Sepotong puisi yang anda baca untuk sebaris doa yang lara terima. Hanya terima kasih untuk itu dan semoga kita dapat berjumpa di suatu saat keabadian dengan lara memakai kalung doa yang telah anda kirimkan lewat puisi yang telah dibacakan.
No comments:
Post a Comment