30.1.10

kau doktorku!

wahai kasih,
aku sakit ni,
mahukah kau jadi doktorku?

kau tahu doktor lain tak mungkin,
kerna sakitku sakit rindu,
sakit rindu pada mu kasih,

please,
aku mau jadi pesakitmu,
oh kasih,
rindu sudah makin parah,
please kasih,
ubatilah aku!

1 comment:

C L J said...

Lara dan rindu adalah madu bersantan
adalah manis dan bertambah lemaknya
selagi ia masih kena pasang tanggamnya
selagi masih kena tampat bertapak takhtanya
selagi hati masih membuka tingkap dan pintunya
menempatkan rela redha pada segala pancaroba
kerana nekmatnya manis lazatnya lemak
bukan percuma menggolek mendatang
lazat nikmat dalam sukat menghimpun akan dia
Namun perit sakitnya luka bercuka
bila berharap kepada yang tiada
bila hajat tiada had sempadannya
Dalam mencara yang tersembunyi
belek dan kaislah dengan belai kasih
semuga yang dicari tidak tercalar terguris
menjadi cacat berlipat menyentak rasa dihati
Takut kelak pemburu kasih sendiri
mengguris punah murni kasih
menurunkan darjah ceraca cahayanya