(Buat anda blogger CLJ...Lara persembahkan khusus...)
Jiwa ini yg kau cari-cari
Tak mungkin dpt kau ketemu
Kerna ia telah hanyut
Membawa sarat luka dan hampa
Menyusur sungai hidup
Berarus tangis dan duka
Lewat syukur dan suka
Akhir hari
Nun di hujung kuala
Dibawah lembayung senja
Tatkala suria memanggilmu pulang
Aku pasti akan disitu
Menantimu dlm senyum
Kerna kebersamaan itu adalah nyata
Walau hanya,
Yg tinggal cuma bayang-bayang
Jiwa-jiwa ini ketemu jua.
2 comments:
Namun sesarap yang reput terjeruk
sebelum sampai ke kuala
masih jua punya peranan
membajai rerumput dan bakung
berhampar untuk singgahan beburung
mengintai udang dan diair
dan ulat pada dedaunnya.
Masih berguna jua ia
walau sudah bergelar sesarap
kerana kejadian adalah proses berterusan
Tersedia sebagai masaalah menjadi penghalang
cuma bila ada semadi pada minda
hak untuk memilih sendiri
laluan sendiri
Mashaalah.....
Demikian rupanya kejadian
diakhir zaman.
Waw!Bravo! :-D
Post a Comment