6.9.11

ini baris penuh luka dan sepi (ii)


  • Selaut gelora mimpi dan akulah perahu kecil yang patah dayungnya. Hanyut tak berhaluan, alangkah arah mana pagi itu yang selalu aku rindukan?  


  • Izinkan aku menjadi kutang bajumu. Paling tidak hampir di dada.Tempat debar sering sembunyi, antara berahi dan rasa cinta.

  • Kau biru laut, yang ku janji takkan lagi mengenal erti sunyi, kerna adanya aku kapal karam di dada mu yang paling dalam. 


  • Akulah penenun sabar pada lembar cindai yang usang, hanya untuk kelak kau carikkan kerana aku bukan sutera itu. 



***baris baris ilham lara dari @twitter

2 comments:

Gen Mayhem said...

indah kata-katamu Lara
- general mayhem

lara nur said...

ehhh ateng! hihi makacih!