- Selaut gelora mimpi dan akulah perahu kecil yang patah dayungnya. Hanyut tak berhaluan, alangkah arah mana pagi itu yang selalu aku rindukan?
- Izinkan aku menjadi kutang bajumu. Paling tidak hampir di dada.Tempat debar sering sembunyi, antara berahi dan rasa cinta.
- Kau biru laut, yang ku janji takkan lagi mengenal erti sunyi, kerna adanya aku kapal karam di dada mu yang paling dalam.
- Akulah penenun sabar pada lembar cindai yang usang, hanya untuk kelak kau carikkan kerana aku bukan sutera itu.
Share to Facebook
2 comments:
indah kata-katamu Lara
- general mayhem
ehhh ateng! hihi makacih!
Post a Comment