Carikan saya serunai buluh,
Kalau tuan hati tak tenang,
Aduhai saya lagi gemuruh.
Tuan bisu saya pun bisu,
Dengan mata kita bicara,
Tuan malu saya pun malu,
Adakah ini namanya cinta?
Sira gula kelapa kukur,
Hidang bersama ubi keladi,
Setia saya mustahil diukur,
Curang tidak sekali kali.
Dia mahu saya pun mahu,
Mana satu pilihan tuan?
Dia tunggu saya pun tunggu,
Silap pilih merana badan.
Ewahhh...!
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment