di tepi sebuah liang kubur tak bernombor,
seorang lelaki bersayap sebelah tinggung termenung,
sambil mengalunkan kecapi enam tali,
suaranya bernada esak dan parau,
nyanyinya berulangkali, "aku telah dibuang kerja."
dan pada jasad di hujung dasar kubur,
turutlah menangis ia tiada henti,
guntur di langit sabung menyabung,
tanah pun basah dunia pun mati.
Seksyen 2, BMC.
No comments:
Post a Comment