kegembiraanmu adalah kiblatnya
rindu sudah umpama ibadat
jika cinta padamu adalah agama
maka akulah penganut yang paling taat.
30.12.11
ia buta tapi bukan pelupa
apa itu masa lalu?
mengapa sukar mengusir rindu?
jika cinta itu buta,
tak bisakah ia juga pelupa?
0
komen
Share to XShare to Facebook
mengapa sukar mengusir rindu?
jika cinta itu buta,
tak bisakah ia juga pelupa?
puisi serupa :
apa itu cinta,
masa lalu
27.12.11
Pantun Untuk Kanda (ii)
1. tinggi tinggi si pucuk paoh
yang tumbuh renek dimakan sapi
selamat pagi abang yang jaoh
rindu adik terbawa mimpi.
2. sudah kering si daun kayu
kapak batangnya dibuat para
sudah nama pun gadis melayu
senduk belanga permainan saya.
3. tanam ubi buat makan
tanam jagung berselang seli
bukan perut yang adik kisahkan
santun abang berbudi pekerti.
4. teduh rendang si pohon kari
bunga sekuntum dipetik jangan
usahlah abang merendah diri
adikpun bukan merak kayangan.
5. bawa sagu dalam perahu
bawa berdagang ke pulau kapas
kalau mahu katakan mahu
kalau malu bimbang melepas.
6. padi pulut dari selatan
padi wangi sawah di hulu
sini hujan sana pun hujan
sini rindu sana tak tahu.
7. tanam pisang tepi perigi
bersalin jantung warnanya merah
diam abang kemana pergi
adik di sini rindu dah parah.
8. anyam rotan jarang jarang
buat layur batang keladi
sudah lah sudah ke majlis orang
majlis kita bila nak jadi?
9. pohon nangka jangan ditebang
biar berbuah sampai ke tua
kahwin lari kata abang?
hai kelak yang malu keluarga kita.
10.panggil anak suruh balik
sudah maghrib hampir senja
apalah susah berdolak dalik
kalau tak hendak khabarkan saja.
ewahhh..!
0
komen
Share to XShare to Facebook
yang tumbuh renek dimakan sapi
selamat pagi abang yang jaoh
rindu adik terbawa mimpi.
2. sudah kering si daun kayu
kapak batangnya dibuat para
sudah nama pun gadis melayu
senduk belanga permainan saya.
3. tanam ubi buat makan
tanam jagung berselang seli
bukan perut yang adik kisahkan
santun abang berbudi pekerti.
4. teduh rendang si pohon kari
bunga sekuntum dipetik jangan
usahlah abang merendah diri
adikpun bukan merak kayangan.
5. bawa sagu dalam perahu
bawa berdagang ke pulau kapas
kalau mahu katakan mahu
kalau malu bimbang melepas.
6. padi pulut dari selatan
padi wangi sawah di hulu
sini hujan sana pun hujan
sini rindu sana tak tahu.
7. tanam pisang tepi perigi
bersalin jantung warnanya merah
diam abang kemana pergi
adik di sini rindu dah parah.
8. anyam rotan jarang jarang
buat layur batang keladi
sudah lah sudah ke majlis orang
majlis kita bila nak jadi?
9. pohon nangka jangan ditebang
biar berbuah sampai ke tua
kahwin lari kata abang?
hai kelak yang malu keluarga kita.
10.panggil anak suruh balik
sudah maghrib hampir senja
apalah susah berdolak dalik
kalau tak hendak khabarkan saja.
ewahhh..!
puisi serupa :
kanda dan dinda,
pantun
Berdagang Pantun (iii)
air mawar dibuat bubur,
rasanya enak bukan kepalang,
jiwaku tawar harapan lebur,
sayangnya cinta ada penghalang.
- @Jimbotiram
kain perca kain renda,
alas meja kayu jati,
jodohku harap rupanya tiada,
remuklah jiwa tangis tak henti.
- @lara_nur
buah beringin tidak bermata,
buah padi putih berseri,
hanya satu yang abang pinta,
jangan bersetubuh dengan lain lelaki.
- @cbhrsdrjm
tahi lalat di pipi kanan,
alis lentik sehitam arang,
tubuh adik bukan mainan,
dijanji milik abang seorang.
- @lara_nur
#ewahhh !!
0
komen
Share to XShare to Facebook
rasanya enak bukan kepalang,
jiwaku tawar harapan lebur,
sayangnya cinta ada penghalang.
- @Jimbotiram
kain perca kain renda,
alas meja kayu jati,
jodohku harap rupanya tiada,
remuklah jiwa tangis tak henti.
- @lara_nur
***
buah padi putih berseri,
hanya satu yang abang pinta,
jangan bersetubuh dengan lain lelaki.
- @cbhrsdrjm
tahi lalat di pipi kanan,
alis lentik sehitam arang,
tubuh adik bukan mainan,
dijanji milik abang seorang.
- @lara_nur
#ewahhh !!
puisi serupa :
kanda dan dinda,
pantun
24.12.11
apa itu cinta? (i)
cinta bukanlah hanya peluk cium dan mencipta berahi
cinta itu murni, ia sederhana
seperti menatap matamu yang jeli
dan tak pula jemu jemu dengannya
ya, itulah cinta
***lara tak sukakan puisi ni.
0
komen
Share to XShare to Facebook
cinta itu murni, ia sederhana
seperti menatap matamu yang jeli
dan tak pula jemu jemu dengannya
ya, itulah cinta
***lara tak sukakan puisi ni.
puisi serupa :
apa itu cinta
17.12.11
Berdagang Pantun (ii)
Langit mega awan bergulong,
Angin berlagu menyentuh jiwa,
Apa harga kaseh yang agung?
Di mana hujung cinta setia?
- @Jimbotiram
Awan bercapuk seputih gading,
Angin bertiup sesepoi bahasa,
Kaseh yang agung tidak terbanding,
Cinta setia tiada akhirnya.
- @lara_nur
1 komen
Share to XShare to Facebook
Angin berlagu menyentuh jiwa,
Apa harga kaseh yang agung?
Di mana hujung cinta setia?
- @Jimbotiram
Awan bercapuk seputih gading,
Angin bertiup sesepoi bahasa,
Kaseh yang agung tidak terbanding,
Cinta setia tiada akhirnya.
- @lara_nur
Published with Blogger-droid v1.7.4
puisi serupa :
kanda dan dinda,
pantun
14.12.11
dari bibir ke bibir
bahkan bibir ini selalu tahu
0
komen
Share to XShare to Facebook
arah jalan pulang ke bibirmu
demikianlah usah lagi bimbang
biarkan cinta menuntunmu pulang.
puisi serupa :
#pfbs
4.12.11
diari sekeping patung kertas; halaman akhir
DARI sekalian kata selepas sekian rasa yang menjelmakan cerita. berbaris baris perit duka melarat dan hiba. akhirnya kau pilih berkata 'tidak'.
diari itu pun pantas menemui tanda noktahnya. lembarnya jeda lalu terus mati. tertutup rapat tak mungkin terbaca lagi. sekurang kurang tidak oleh si pemilik diari; si patung kertas itu sendiri.
puisi serupa :
patung kertas
30.11.11
sepasang kekasih dan nota nota dari tuhan (v)
kehadapan masa lalu ku
engkau yang melambai-lambai di jendela ingatan
sehelai sapu tangan itu tak tahu
mengapa ia sering basah
mengapa padanya airmata ku tumpah.
4
komen
Share to XShare to Facebook
engkau yang melambai-lambai di jendela ingatan
sehelai sapu tangan itu tak tahu
mengapa ia sering basah
mengapa padanya airmata ku tumpah.
Published with Blogger-droid v1.7.4
puisi serupa :
nota dari tuhan,
sepasang kekasih dan nota nota dari tuhan
29.11.11
sepasang kekasih dan nota nota dari tuhan (iv)
angin pun mendesah melewati padang
0
komen
Share to XShare to Facebook
tempat kita pernah merebah dan saling memandang
sayang, seperti mana kenangan yang enggan berlalu
kukira rumput itu masih basah dengan air matamu.
Published with Blogger-droid v1.7.4
puisi serupa :
nota dari tuhan,
sepasang kekasih dan nota nota dari tuhan
26.11.11
sepasang kekasih dan nota nota dari tuhan (iii)
bulan pun enggan lagi bicara,
pada pungguk yang kesayuan,
rindu adalah jarak yang mustahil ia hapuskan.
0
komen
Share to XShare to Facebook
pada pungguk yang kesayuan,
rindu adalah jarak yang mustahil ia hapuskan.
puisi serupa :
nota dari tuhan,
sepasang kekasih dan nota nota dari tuhan
dinda jual kanda beli, ya? (i)
anyam lipat sulur kajang,
0
komen
Share to XShare to Facebook
ada benang dibuat kain,
kalau hayat adik tak panjang,
adakah abang kahwin lain?
- @Lara_nur
anyam tikar hujan mencurah,
gulung tikar hujan dah reda,
pusara adik tanahnya merah,
begitulah inai di jari kanda.
- @Jimbotiram
pohon kelapa tiada berdahan,
ambil daunnya dibuat raga,
kalau dah itu takdir tuhan,
temukan adik di pintu syurga.
- @Lara_nur
23 Ogos 2011
puisi serupa :
kanda dan dinda,
pantun
25.11.11
Pantun Untuk Kanda (i)
wahai kanda, dengarkan ini;
3
komen
Share to XShare to Facebook
sulur jati alang terendak,
bukan harta yang dinda hendak,
sekedar bahu tangis tersandar.
redup rendah si matahari,
senja datang membawa gelap,
bukan nama yang dinda cari,
sekedar makan saling bersuap.
budak budak menjala ikan,
tepian sungai atas perahu,
bukan rupa yang dinda gilakan,
sekedar wajah yang renung tak jemu.
bukan karang sebarang karang,
karang bunga hiasan diraja,
bukan sayang sebarang sayang,
sayang dinda membawa ke syurga.
puisi serupa :
kanda dan dinda,
pantun
tigabelas baris ingatan buat kekasih yang tertunda (i)
1. Kehadapan kekasihku yang tertunda, pada saat tuhan menulis takdir kita, selembar halaman sengaja dikosongkan, lalu kita pun takkan pernah bertatapan.
2. Kehadapan kekasihku yang tertunda, mimpi mimpi sekedar sampul surat tak beralamat, lalu ke mana lagi nak kukirim rindu ini yang makin memberat?
3. Kehadapan kekasihku yang tertunda, langit makin hitam, merah senja kian muram, aku masih di jendela mengenang kau entah di mana.
4. Kehadapan kekasihku yang tertunda, saat kau lelap, tanganku di tubuhmu kejap dan akan kubawa terbang membawa mimpi ke dalam mimpi.
5. Kehadapan kekasihku yang tertunda, embun lagikan tak berdaya, dalam matamu di pipiku mungkin, dan yang gugur kerana tak berdayanya kita.
6. Kehadapan kekasihku yang tertunda, senyumlah sayang, akanku memandangmu dari jauh, dalam sekadar mimpi mimpi, sambil mungkin menangis sendiri.
7. Kehadapan kekasihku yang tertunda, takdir itulah algojo yang memancung cinta kita, darahnya kekal mewangi, tetap mengalir hingga ke syurga.
8. Kehadapan kekasihku yang tertunda, kita bertemu hanya sekadar untuk menjauh kembali, bak dua jarum jam yang perlahan menghambat, bahkan masa turut membenci.
9. Kehadapan kekasihku yang tertunda, simpan saja surat cintamu, baris baris sajak itu tiada yg akan membacanya lagi, tidak waima aku sendiri.
10. Kehadapan kekasihku yang tertunda, apalah lagi yg bisa kuperbuat, hidup melarat dengan mengemis cintamu, yang hanya sekadar ada, yang sekadar sisa.
11. Kehadapan kekasihku yang tertunda, malam malam serupa ini, aku mengingatimu bak kamar tak berpenghuni. tanpamu, ia tak berseri bahkan sunyi.
12. Kehadapan kekasihku yang tertunda, beredarlah jauh dari janji janji yang tak mungkin bisa kita materai, kerana ia takkan dapat lagi kau gapai.
13. Kehadapan kekasihku yang tertunda, kita cuba mencipta kenangan, namun, bak mimpi, ia kabur dan tak pernah bertahan.

kekasih yang tertunda
sepasang kekasih dan nota nota dari tuhan (ii)
engkau telah tiada
0
komen
Share to XShare to Facebook
kita tak lagi duduk berdua
mengenangmu
bangku di taman itu pun menangis rindu
aku ini apatah lagi.
puisi serupa :
#pfbs,
nota dari tuhan,
sepasang kekasih dan nota nota dari tuhan
11.11.11
syaitankan yang bijak atau kitakah yang benak?
rintik hujan perlahan menderap atap
tak tahu yang mana embun dinihari
engkau yang hangat di pelukan
degup jantung terdengar perlahan
memarakkan nafsu yang selalu ada
memanggang dosa sesunyi-sunyinya
matahari lalu mengecup keningku
bukan bibirmu buka mataku
aku melihat tak lagi memandang
pada tubuh yang kotor telanjang
syaitan telah bermain muslihat
kita pula yang jatuh terjerat.
syaitankah yang bijak atau kita yang benak?
0
komen
Share to XShare to Facebook
tak tahu yang mana embun dinihari
engkau yang hangat di pelukan
degup jantung terdengar perlahan
memarakkan nafsu yang selalu ada
memanggang dosa sesunyi-sunyinya
matahari lalu mengecup keningku
bukan bibirmu buka mataku
aku melihat tak lagi memandang
pada tubuh yang kotor telanjang
syaitan telah bermain muslihat
kita pula yang jatuh terjerat.
syaitankah yang bijak atau kita yang benak?
puisi serupa :
malam,
pagi,
syaitan bijak vs manusia bodoh
2.11.11
sayang, apa khabarmu di sana? #FREECABI
sayang
apa khabarmu disana?
genap sudah enam hari
seorang teman yang dekat dihati
hilang tanpa permisi
ketiadaanmu ibarat mimpi ngeri
tapi tuhan mungkin ada cara mau menguji?
sayang
apa khabarmu di sana?
apa makan dan tidurmu terjaga?
mungkin tidak tapi ku harap ya
namun aku di sini masih lapar dan enggan lena
bagaimana mungkin aku bersuka sedang kau dalam sengsara?
sayang,
apa khabarmu di sana?
malam kian larut
hujan masih belum surut
langit kulihat berbalam suram
malam menghitam dingin dan kelam
persis hatiku yang kini muram.
sayang
apa khabarmu di sana?
ku kira kamarmu tak punya jendela
tapi dari sini pun tiada apa dapat kupandang
kerna sejak kau tiada
langitku bulannya turut hilang
bahkan sebutir pun tiada bintang.
pulanglah sayang.
***Puisi untuk teman; @cbhrsdrjm. Doa lara bersamanya. Semoga dia selalu tabah dan kekal selamat. Dan semoga dapat pulang segera, sesungguhnya lara merinduinya. #FREECABI
2

#FREECABI,
a poem for a friend
29.10.11
aku masih menangis
dingin malam ini serupa tangan mu saat terakhir kali ku genggam
hangat itu adalah pipiku yang berlinang airmata tatkala melihat kau terpejam
dan takkan terjaga lagi
sejuk dahimu
pucat bibirmu
tidak lagi meniriskan darah maupun birahi
aku yang kau tinggalkan sepi sendiri
antara dua nisan serta air mawar
dan sayup yaasin berbisik kenangan yang tak pernah pudar
sayang, kau telah tiada tapi aku masih lagi menangis.
0
komen
Share to XShare to Facebook
hangat itu adalah pipiku yang berlinang airmata tatkala melihat kau terpejam
dan takkan terjaga lagi
sejuk dahimu
pucat bibirmu
tidak lagi meniriskan darah maupun birahi
aku yang kau tinggalkan sepi sendiri
antara dua nisan serta air mawar
dan sayup yaasin berbisik kenangan yang tak pernah pudar
sayang, kau telah tiada tapi aku masih lagi menangis.
Published with Blogger-droid v1.7.4
24.10.11
hikayat dosa
dosa adalah hikayat yang tak pernah ada penamat
dikarang dengan hitam tinta darahmu sendiri
terconteng di kulit wajah
bahkan di lembar hati.
0
komen
Share to XShare to Facebook
dikarang dengan hitam tinta darahmu sendiri
terconteng di kulit wajah
bahkan di lembar hati.
puisi serupa :
hikayat dosa,
nota dari tuhan
18.10.11
dosa, dunia, pahala dan syurga
kamu tak lebih fana dari dunia,
matimu pasti,
pahalamu ada,
tapi dosa menari-nari,
wangi ikebana bukan janji tiket ke syurga.
0
komen
Share to XShare to Facebook
matimu pasti,
pahalamu ada,
tapi dosa menari-nari,
wangi ikebana bukan janji tiket ke syurga.
17.10.11
kemboja di hujung ranting
sekuntum kemboja telah gugur
melayang jauh dan tak kembali lagi
ranting itupun mengering
tabah menunggu patah
jatuh ke tanah lalu abadi.
0
komen
Share to XShare to Facebook
melayang jauh dan tak kembali lagi
ranting itupun mengering
tabah menunggu patah
jatuh ke tanah lalu abadi.
8.10.11
oktober lapan
oktober lapan
merpati melayang matahari mendiang,
angin menari di kerendahan lalang,
rumput masih panjang,
embun masih basah,
awan mencapuk langit bagai kiambang serokan sawah,
dan kau, dangau kecil tempat aku melabuh lelah,
bahkan kau lah mimpiku itu yang selalu indah.
*** puisi ini untuk yang pernah berkunjung datang lewat mimpi-mimpi lara.
0
komen
Share to XShare to Facebook
merpati melayang matahari mendiang,
angin menari di kerendahan lalang,
rumput masih panjang,
embun masih basah,
awan mencapuk langit bagai kiambang serokan sawah,
dan kau, dangau kecil tempat aku melabuh lelah,
bahkan kau lah mimpiku itu yang selalu indah.
*** puisi ini untuk yang pernah berkunjung datang lewat mimpi-mimpi lara.
puisi serupa :
dangau kecil,
kiambang
21.9.11
seorang tua di merah senja
angin mendesah di senja ini yang semakin merah,
beralun menyibak putih rambut seorang tua,
lalu menerbangkan ke daerah ingatan tentang masa lalunya,
ketika umur hanyalah nombor,
tapi kini membayangkan kubur.
2
komen
Share to XShare to Facebook
beralun menyibak putih rambut seorang tua,
lalu menerbangkan ke daerah ingatan tentang masa lalunya,
ketika umur hanyalah nombor,
tapi kini membayangkan kubur.
Published with Blogger-droid v1.7.4
puisi serupa :
#pfbs,
seorang tua dan merah senja
20.9.11
When ( A poem by @JamalJonerd )
When
(part i)
When i showed to you my fondness,
you said that i'm full of dumbness,
When i told to you that you were my sunshine,
you sat back and sounded with a whine,
When i spent my time and gave you a call,
you labelled me as a pitfall,
When i was trying hard to make you smile,
your grunt could be heard from a mile,
When i made my move to win your heart,
you told me that you not in peart.
(part ii)
When my feeling started to deteriorate,
you just waited and in the mood to celebrate,
When i decided to leave you alone,
suddenly u behaved just like being hit by a cyclone,
When i picked up my heart that broken,
u said that your heart being shaken,
When my tears just started to dry,
your eyes just started to cry,
When i decided to walk away,
only then .. u said that .. "you took my heart away..."
***Beautiful, touching lines from a friend in twitter. Dear @JamalJonerd, it's an honour for me to have your poem published in my humble blog! Enjoy!

#when,
a poem for a friend,
depressed
17.9.11
hikayat bulan dan kupu-kupu malang
denting hujan dalam gelap dan lirih angin yang menderap sayap,
aku kira takkan upaya menghalang aku terbang menujumu sayang,
udara sempit menyempit,
mengabu-abu di dalam dada,
menderulah aku si kupu-kupu sebermula di bayang senja,
yang jingganya sendiri adalah engkau,
jauh ke semesta langit dengan segala ketabahan,
aku terbang dan terus bertahan,
tapi malang aku si kupu-kupu yang paling walang,
kerna sedang aku cuba meraih cahayamu,
kau hilang di balik awan di kepung bintang,
lantas kita pun tak lagi saling merenung,
dan aku pun takkan pernah sampai lagi padamu.
bila mana kau satu-satunyanya bulan yang aku ada,
maka dengan itu, terkutukkah aku kerana tamakkan cahayamu?
ah,
aku yang lupa mengukur sayap sendiri,
aku yang lupa kau terlalu tinggi,
sayap ku sudah patah,
semangat pudar dan merebah,
jauh di ufuk langit berbega muram,
aku menjatuh dan terus melayang,
di kedalaman laut aku tenggelam,
dengan perlahan jasadku pun menghilang,
dan cahaya bulan ikut beralun tenang,
pada tiap-tiap garis sinarnya bagai tangis,
menembus jauh ke dasar laut yang paling suram,
terpantul mulus pada sebuah makam,
dengan nisan berepitaph hitam,
"di sini abadinya sang kupu-kupu yang patah sayapnya,
dan sesungguhnya dia merindukan bulan,
dulu,
ketika itu,
bahkan selamanya."
tamat.

9.9.11
7.9.11
Rebak Rilke
(Karya : Hasan Aspahani)
MAUTKAH kekasih itu --- dia yang berpeluk padamu?
Cinta mungkin memang bukan perjalanan. Ia bisa tak berjarak, tapi, padamu, ia tak jua bisa sampai.
Tangiskah kekasih itu -- dia yang merebak di matamu?
Cinta mungkin memang seperti perempuan itu berlagu - antara sengguk dan sendu - Dan kau tepermangu
Sajakkah kekasih itu --- dia yang jaga hangat hatimu?
Kau tak lagi ingin mengandaikan Cinta sebagai apa, sebab siapa Penyair yang ingin tanggung menanggung bebannya?
***Sebuah lagi puisi indah hasil karya Hasan Aspahani. Anda juga boleh membaca terjemahannya di dalam Bahasa Inggeris oleh Lara di sini. Nota lain; Rainer Maria Rilke, seorang penyair Bohemia-Austria (4 Dis 1875 - 29 Dis 1926) .

Hasan Aspahani,
terjemahan
6.9.11
ini baris penuh luka dan sepi (ii)
- Selaut gelora mimpi dan akulah perahu kecil yang patah dayungnya. Hanyut tak berhaluan, alangkah arah mana pagi itu yang selalu aku rindukan?
- Izinkan aku menjadi kutang bajumu. Paling tidak hampir di dada.Tempat debar sering sembunyi, antara berahi dan rasa cinta.
- Kau biru laut, yang ku janji takkan lagi mengenal erti sunyi, kerna adanya aku kapal karam di dada mu yang paling dalam.
- Akulah penenun sabar pada lembar cindai yang usang, hanya untuk kelak kau carikkan kerana aku bukan sutera itu.
puisi serupa :
#pfbs,
baris luka dan sepi
31.8.11
Romansa Siapa Saja
(karya : Hasan Aspahani)
HIDUP ini, hidup kita ini, bukan lagi bukit bukau
menjulang seratus depa kelapa, telah lama terjatuh buah bungar.
Kini menjaga putik, bungsil & mumbang.
*
KITA hanya bisa ingin saling sabar bertukar:
Kau dengan kesepian yang tak mampu kumengerti
aku punya kepedihan yang tak pernah kau miliki
Seperti di kedai kafe yang aku tak peduli namanya,
kita para penyinggah resah, yang juga tak tahu pasti,
kenapa bisa sampai dan lama di meja ini
Mencari. Sesuatu, entah di gelas-gelas kopi, atau mesin pencari. Sampai pergi. Sendiri. Sendiri.
Hingga bular pandang. Entah mana yang bukat likat
udara yang menyenja, atau asin airmata.
O, entah kenapa, kafe ini sejak tadi mengulang lagu Kahitna.
Aku menyimpan saja,
selingkar bumban bunga melati
yang kubayangkan kelak kumahkotakan pada rambutmu.
Kau mungkin menunggu jam putar, sinema yang akan kau tonton sendiri
di layar yang hanya membawamu kembali ke sepi yang lama kau pelihara sendiri
*
O, hidup ini, kata-kata yang tak kita mengerti,
dan kamus itu, sudah lama kita tak menyentuhnya.
***Sebuah sajak yang sangat indah hasil nukilan saudara Hasan Aspahani. Anda juga boleh membaca terjemahannya dalam Bahasa Inggeris oleh Lara (dgn bantuan seorang teman dari Johor yang namanya enggan disiarkan).

27.8.11
Can This Poem Make You Cry?
(Karya asal : Hasan Aspahani)
I wrote this from a messy life,
when age is a secret number,
yet it cannot be hidden any longer.
Can this poem make you cry?
I wrote this from a messy life,
when age is a secret number,
yet it cannot be hidden any longer.
Can this poem make you cry?
But, hey, how dare I, to say that life is messy?
We may not be who we were before,
an unripe love to adore,
a careless care, with a blushed flush,
emotion in a letter to say the least
jammed between a chapter,
of Pancasila Moral Studies.
Yes, surely we are no more Marys and Billys
who folded our school shirt's sleeves,
and run truant to the matinees,
at a theatre screening teenish romance,
with titles that had a limited vocab
of 'love', 'campus', or something like that.
So I wrote this poem from a memory no longer reachable.
***
I wrote this from a life - hmmm is there a better word than - messy?
We have swallowed the age pill - and that means we have a skill in deceiving how we feel.
Like, when invited to attend a reunion party.
Auch, how many decades had it been
a school skirt as your second skin?
that which you had stealthily shortened
from its official length as written
on a student rulebook you were given?
Hey, how do you now call a lover
who can never be? Laugh as if nothing is amiss - laughing at your own silly anxiety - when he asked the question,"do you remember our first kiss?"
"That wasn't a kiss," you dismissed, "it wasn't!"
That's it, I wrote this from a memory that so want to - though impossible - be forgotten, and so want to - though infallible - be repeated, so is there any use for a question so dry:
...can this poem make you cry?
***
We may now want to run from that love.
But, even if we try, can then life not be
hmmm - why have I lost my dictionary,
each time I want to write there's only - messy?
Actually, I should ask no more at a good bye, whether this poem made you cry.
***A beautiful poem by Hasan Aspahani. Wonderfully translated by Gilda Sagrado. You can read the original text in Bahasa Indonesia here.
puisi serupa :
Gilda Sagrado,
Hasan Aspahani,
translation
19.8.11
Jumaat, 19 Ramadhan 1432
sembilan belas bulan ramadhan,
terdengar alunan sajak tuhan,
pada melangit ujung penjuru tiang,
memanggil hamba datang bertandang,
ke rumah ibadah penuh rahmah,
di rembang jumaat penuh berkah.
2
komen
Share to XShare to Facebook
terdengar alunan sajak tuhan,
pada melangit ujung penjuru tiang,
memanggil hamba datang bertandang,
ke rumah ibadah penuh rahmah,
di rembang jumaat penuh berkah.
Published with Blogger-droid v1.7.4
puisi serupa :
#pfbs,
jumaat ramadhan
9.8.11
sepudar kejora (iv)
apa itu hujan kanda?
kalau langit berbayang hitam,
alam berbalam muram,
dan pada syurga di hujung ufuk,
kini hanyut kian tenggelam?
baca juga :
puisi serupa :
sepudar kejora
sepasang kekasih dan nota-nota dari tuhan (i)
apalah yang bisa diperbuat,
dalam waktu ini yang demikian singkat,
melainkan tubuh ini kau rangkul erat,
lalu manis bibirmu di ulas bibirku merapat,
dan mata kita pun terkatup nikmat.
1 komen
Share to XShare to Facebook
dalam waktu ini yang demikian singkat,
melainkan tubuh ini kau rangkul erat,
lalu manis bibirmu di ulas bibirku merapat,
dan mata kita pun terkatup nikmat.
Published with Blogger-droid v1.7.4
puisi serupa :
#pfbs,
nota dari tuhan,
sepasang kekasih dan nota nota dari tuhan
6.8.11
doodle khat
ini lah salah satu dari banyak kecintaan lara, selain puisi dan kata kata indah, tulisan jawi yang indah. masih belajar memahiri seni khat. dan ini hasil conteng2 pagi tadi. jika anda perasan, dan jika anda boleh membaca tulisan jawi, nama "Iqbal Hamid" paling banyak bertaburan atas A4 di atas. siapa Iqbal Hamid ini? ahahahhaha cari sendiri lah. ini atas semangat dia juga. khat conteng sampai patah mata pensil lara pagi tadi, kerana dia pun minat juga nampak nya, jadi lara abadikan nama dia dalam tulisan jawi dalam blog ini.. ..Iqbal, this is for u. hihi
5.8.11
ini baris penuh luka dan sepi (i)
- puing puing masa mendebui denai hayat, dan rimbun kenangan pun bagai tak sudi lagi, ia meluruh lalu menjauh
- sejenak talkin dibaca, dikuburan cinta. taburlah mawar renjislah airmata, cinta itu terbunuh dek cemburu dan salah sangka.
- rintik rintik hujan bagai bara merah berjatuhan membakar kulit, rintik rintik airmataku apatah lagi.
- langit pun bagai tak sudi lagi, ia membayang kelam walau dalam biru. kau juga bagai enggan lagi, lama diam dan terus berlalu.
- alis keningku yang pernah kau kecup dulu, bagai ranting kering tempat tergantung sepi kini.
- aku bukan pelacur, tapi kesepian sentiasa mahu melangganiku. setitis, dua titis, airmata jadi hiasan dan sepi, ia tidak pernah peduli.
- hati bagai kertas, dilarik berus mencipta luka di dada kanvas dan warna sepi pun berbalam balam, menghitam dan muram.
**baris baris ilham lara dari @twitter
puisi serupa :
#pfbs,
baris luka dan sepi
1.8.11
Emak : Semalam dan Hari Ini
Semalam denganmu emak
tiap suapmu aku menari atas pelangi
hari ini tanpamu emak
nasi kutelan serupa pasir, bagai berduri
semalam denganmu emak
lembut tuturmu, jujur bersulam nasihat
hari ini tanpamu emak
aku jadi ragu, segala suara berbisik jahat
semalam denganmu emak
tidur ku hangat dalam pelukan
hari ini tanpamu emak
malam ku kelam tiada rembulan
semalam denganmu emak
rambutku kau sikat, kau jalin erat
hari ini tanpamu emak
rambut ku kerat, hitam warnanya telahpun karat
semalam denganmu emak
aku ketawa lalu kau senyum bahgia
hari ini tanpamu emak
aku menangis, tiada siapa mendengarnya
semalam denganmu emak
aku anak kecil lena dalam dukungan
hari ini tanpamu emak
aku gadis sesat tak berpunca tiada haluan...
RIP Jamilah binti Khalid.
puisi serupa :
#pfbs,
emak,
kenangan,
semalam dan hari ini
26.7.11
simpul paling mati
Saat tiba musim dengan kuntum bunga dan kupu-kupu,
Hijau dan sunyi dialun kali berhulu nil syurga,
Lalu cinta pun bergantungan di tali hati,
Bagai ros merah dan loceng leher sapi,
Harum tak kurang sekebun warna yang kau pugar,
Dentingnya lembut memanggil aku datang,
Membias wangi dan cahaya segar,
Dengan aku di hujung tali dan kau di hujung satu lagi,
Akanku anyam menjadi simpul paling mati.

Published with Blogger-droid v1.7.2
20.7.11
Merdeka atau derhaka?
Minda dijajah perit sakit mengenangmu
Sudah aku tak mampu
Bukan kerna aku jemu atau tak mahu
Ketamakan membunuh aku sedari itu
Ada racun walau dalam cium yang paling manis
Dan restu bukan sekadar tentang hidup berdua
Tapi tentang menjaga nama ayah dan ibu
Menanggung sakit rindu tak lebih payah dari mengusung dosa derhaka pada mereka
Ayuh, merdekakan rindu kita sayang
Cinta mu itu sebenarnya tak ada yang lebih layak melainkan dia
Bila aku hanya yang tersungkur di lembar ketidak-adilan tuhan
Dalam mengejar bayang takdir
Yang selalu muram
Yang selalu hitam.

posted from Bloggeroid
PAPILLON
Sedang membaca Papillon.
Setakat 400 halaman, apa yang boleh lara rumuskan, ia adalah bukan fiksyen TERBAIK lara pernah baca.
"Madame, your son died without chains on his leg. He died bravely at the sea, far from warders and from prison. He died free, struggling courageously to gain his liberty. We each promised the other to write to his family in case anything happened to either of us. I am doing this painful duty, and i kiss your hands as a son would do."
Papillon,
Your boys's friend.
15 Julai 2011.
Leboh Ampang, Kuala Lumpur.
Published with Blogger-droid v1.7.2
puisi serupa :
buku
14.7.11
cinta dan tragedi
Manusia itu fana, makhluk laut kekal abadi,
Dan terpetiklah sebuah kisah,
Di tebing pantai paling landai,
Ada duyung sedang berhiba,
Mengenang nasibnya yang paling malang,
Antara dia dan pemuda nelayan,
Dia duyung mustahil berkaki,
Pemuda nelayan tak mungkin pula menumbuh insang,
Ketidak-adilan apakah ini tuhan?
Cinta kau karang bersulam tragedi?
Duyung terus menangis,
Airmata jadi lautan,
Dan di kedalaman laut paling jurang,
Makam pemuda nelayan bersemadi,
Ada denyut jantung,
Mendenyutkan nama yang terlarang,
Memanggil duyung pulang.
Tamat.
Published with Blogger-droid v1.7.2
puisi serupa :
duyung,
tentang cinta,
tragedi
7.7.11
bila lidah jadi tanggang
melaungkan bahasa dalam bongkak kosa kata
hilang santun tinggal cuma prosa nista
ah, bila lidah jadi tanggang
ibu lah bahasa yang paling walang.
0
komen
Share to XShare to Facebook
hilang santun tinggal cuma prosa nista
ah, bila lidah jadi tanggang
ibu lah bahasa yang paling walang.
puisi serupa :
bahasa,
lidah tanggang
5.7.11
The Harpy - Steve Von Till (A poem by Robert W. Service)
woefully wise was she;
She was old, so old,
yet her years all told were but a score and three;
And she knew by heart, from finish to start,
the Book of Iniquity.
There is no hope for such as I on earth,
nor yet in Heaven;
Unloved I live, unloved I die,
unpitied, unforgiven;
A loathèd jade, I ply my trade,
unhallowed and unshriven.
I paint my cheeks, for they are white,
and cheeks of chalk men hate;
Mine eyes with wine I make them shine,
that man may seek and sate;
With overhead a lamp of red I sit me down and wait
Until they come, the nightly scum,
with drunken eyes aflame;
Your sweethearts, sons, ye scornful ones;
tis I who know their shame.
The gods, ye see, are brutes to me
and so I play my game.
For life is not the thing we thought,
and not the thing we plan;
And Woman in a bitter world
must do the best she can;
Must yield the stroke, and bear the yoke,
and serve the will of man;
Must serve his need
and ever feed the flame of his desire,
Though be she loved for love alone,
or be she loved for hire;
For every man since life began
is tainted with the mire.
__And though you know he love you so
__and set you on love’s throne;
__Yet let your eyes but mock his sighs,
__and let your heart be stone,
__Lest you be left (as I was left) attainted and alone.
__From love’s close kiss to hell’s abyss
__is one sheer flight, I trow,
__And wedding ring and bridal bell
__are will-o’-wisps of woe,
__And ’tis not wise to love too well,
__and this all women know.
__Wherefore, the wolf-pack having gorged
__upon the lamb, their prey;
__With siren smile and serpent guile,
__I make the wolf-pack pay;
__With velvet paws and flensing claws,
__a tigress roused to slay.
__One who in youth sought truest truth
__and found a devil’s lies;
__A symbol of the sin of man,
__a human sacrifice.
__Yet shall I blame on man the shame?
__Could it be otherwise?
Was I not born to walk in scorn
where others walk in pride?
The Maker marred, and, evil-starred,
I drift upon His tide;
And He alone shall judge His own,
so I His judgment bide.
Fate has written a tragedy;
its name is “The Human Heart.”
The Theatre is the House of Life,
Woman the mummer’s part;
The Devil enters the prompter’s box
and the play is ready to start.
**Sajak yang sangat sangat bagus - The Harpy oleh Robert W. Service 1874-1958. Dideklamasikan dengan sedikit pengubahsuaian oleh yang lara minati, yang tersohor Steve Von Till melalui video di atas, which i found very deep and interesting. Sajak yang bagus, pendeklamasi yang bagus dengan suara yang bagus, memberi nilai tambah dan meninggalkan kesan yang bukan kecil. Tidak percaya? Maka nikmatilah.
puisi serupa :
steve von till,
translation
a sun that never sets - neurosis
a sun that never sets - neurosis
a sun that never sets burns on.
new light is this river's dawn.
when to speak of a word so old
is to relearn what is known.
a time to think back and move on.
rebuild the loves of lives long gone.
the blood that flows through me is not my own.
the blood is from the past, not my own.
the blood that leads my life is not my own.
the blood is strength, i'm not alone.
*put your headphone, volume to the highest.
4.7.11
berkata benar itu mudah
berhenti menyintaimu serupalah menjerut leher ke tali gantung,
bukan mati yang aku bimbangkan,
melain ajal enggan mengaku saudara,
dan membiar aku tergantung siksa.
berhenti menyintaimu serupalah menghamburkan diri,
dari tebing laut yang paling tinggi,
menjatuh hancur di kedalaman teluk dan karang,
jasadku mustahil dapat dikenal orang.
berhenti menyintaimu serupalah kiamat kecil,
yang tak pernah difatwa sebarang ulama,
atau tertanda dalam kitab apa jua,
ia khurafat yang paling nyata!
0
komen
Share to XShare to Facebook
bukan mati yang aku bimbangkan,
melain ajal enggan mengaku saudara,
dan membiar aku tergantung siksa.
berhenti menyintaimu serupalah menghamburkan diri,
dari tebing laut yang paling tinggi,
menjatuh hancur di kedalaman teluk dan karang,
jasadku mustahil dapat dikenal orang.
berhenti menyintaimu serupalah kiamat kecil,
yang tak pernah difatwa sebarang ulama,
atau tertanda dalam kitab apa jua,
ia khurafat yang paling nyata!
puisi serupa :
#pfbs,
tentang cinta
kuasa kenangan
kenangan meninggalkan jejak,
bak langit yang terpahat awan,
iri angin mencipta jarak,
lalu cinta pun gugur bagai hujan...
kenangan menciptakan sepi,
bak benih tertanam di lubuk hati,
saat kau hilang ia pun datang,
terus menumbuh dan menjerut mati.
*bosan lara nyanyi.
0
komen
Share to XShare to Facebook
bak langit yang terpahat awan,
iri angin mencipta jarak,
lalu cinta pun gugur bagai hujan...
kenangan menciptakan sepi,
bak benih tertanam di lubuk hati,
saat kau hilang ia pun datang,
terus menumbuh dan menjerut mati.
*bosan lara nyanyi.
puisi serupa :
kenangan,
lara nyanyi
29.6.11
sepudar kejora (iii)
apa itu hujan kanda?
kalau benih enggan menumbuh,
perigi tidak lagi menakung,
dan pada riak di dasar tempayan,
kini membayang keruh di muka?
baca juga :
puisi serupa :
sepudar kejora
22.6.11
hujan kenangan
dengarkan pada titis-titis yang gugur di halaman itu
antaranya ada aku ada kamu juga seluruh hiba dan pilu
dan kenangan pun menggenang menjadi lopak lopak rindu yang tak kering dek waktu
0
komen
Share to XShare to Facebook
antaranya ada aku ada kamu juga seluruh hiba dan pilu
dan kenangan pun menggenang menjadi lopak lopak rindu yang tak kering dek waktu
Published with Blogger-droid v1.7.1
puisi serupa :
#pfbs,
lopak kenangan
10.6.11
si peniup seruling dan lagu sepinya yang abadi
pada tanah yang mengharum manis
benih itu menunggu aku memugarnya
katakan pada awan yang mengapas
turunkan lah sisa sisa hidup
agar benih itu menghirup nafas
tumbuh menjulang menjadi dia
akulah si peniup seruling daun itu
duduk di buai di dahan ku cinta
dan musim pun tak segan berganti
mentari masih disitu
bulan ku kenal kekal setia
tapi dia bukan mereka
***
ini dibuat nyanyi. nyanyi spontan. di rembang jumaat. jadilah ini. kebenda tah. lara baca balik pun jadi blur.
0
komen
Share to XShare to Facebook
benih itu menunggu aku memugarnya
katakan pada awan yang mengapas
turunkan lah sisa sisa hidup
agar benih itu menghirup nafas
tumbuh menjulang menjadi dia
akulah si peniup seruling daun itu
duduk di buai di dahan ku cinta
dan musim pun tak segan berganti
mentari masih disitu
bulan ku kenal kekal setia
tapi dia bukan mereka
lalang lalang menakluk bumi
dia juga yang kecundangan
bila mati tak lagi memberi erti
yang tinggal kini cuma kenangan
seruling tak henti mengalun tangis
aku pun enggan meniupnya lagi
ku tanam rapat di tanah berkarat
bersama lagu menyisip lahad
jauh
jauh
jauh
jadilah dia hanya setunggul benih yang tak menumbuh lagi
dan aku si peniup seruling terus meniup sepi yang abadi
***
ini dibuat nyanyi. nyanyi spontan. di rembang jumaat. jadilah ini. kebenda tah. lara baca balik pun jadi blur.
puisi serupa :
bila dahan sudah patah,
kenangan,
si peniup seruling,
tentang cinta
8.6.11
eulogi cinta yang mati
pada saat eulogi itu kau senandungkan,
tentang cinta ini yang mati di tengah jalan,
lalu kita pun terpisahlah oleh sekian jarak,
dan jantungku pun enggan lagi berdetak.
0
komen
Share to XShare to Facebook
tentang cinta ini yang mati di tengah jalan,
lalu kita pun terpisahlah oleh sekian jarak,
dan jantungku pun enggan lagi berdetak.
puisi serupa :
#pfbs,
eulogi cinta,
tentang cinta
31.5.11
lengkung pelangi dan matamu yang jeli
tuhan tidak pernah mengabarkan rahsianya yang satu ini,
dan aku pula adalah manusia bertuah yang menyedari,
bahwa sesungguhnya asal indah lengkung pelangi,
terbias datang dari sinar matamu yang jeli.
Seksyen 3, BMC.
2
komen
Share to XShare to Facebook
dan aku pula adalah manusia bertuah yang menyedari,
bahwa sesungguhnya asal indah lengkung pelangi,
terbias datang dari sinar matamu yang jeli.
Seksyen 3, BMC.
puisi serupa :
#pfbs,
mata yang jeli,
pelangi
24.5.11
mimpi
dalam pada subuh yang gerimis
malaikat pun menangis
dan mimpi mimpi adalah lembar kenangan
juga cara tuhan memujukku perlahan..
untuk melupakanmu
0
komen
Share to XShare to Facebook
malaikat pun menangis
dan mimpi mimpi adalah lembar kenangan
juga cara tuhan memujukku perlahan..
untuk melupakanmu
puisi serupa :
#pfbs,
gerimis,
gudang mimpi,
lembar kenangan
21.5.11
terang siang itu bukan miliknya
wahai bulan pagi di hujung laman,
0
komen
Share to XShare to Facebook
cahayamu nyata kenangan,
ayuh, menyerahlah!
ada langit malam jadi muram,
saat kau enggan tenggelam!
Seksyen 3, BMC.
Seksyen 3, BMC.
puisi serupa :
#pfbs,
malam,
puisi bulan
18.5.11
simpang salah
sedang aku terkial memilih simpang hidup,
dari sekian latisan kerikil dan denai yang damai,
0
komen
Share to XShare to Facebook
dari sekian latisan kerikil dan denai yang damai,
kebutaan itu akan tetap melorongkan aku padanya,
lembar takdir itukah yang salah,
atau tuhan sengaja bermain helah?
puisi serupa :
#pfbs,
puisi murah,
simpang hidup,
takdir
14.5.11
lelaki bersayap sebelah di tepi liang kubur tak bernombor
di tepi sebuah liang kubur tak bernombor,
seorang lelaki bersayap sebelah tinggung termenung,
sambil mengalunkan kecapi enam tali,
suaranya bernada esak dan parau,
nyanyinya berulangkali, "aku telah dibuang kerja."
dan pada jasad di hujung dasar kubur,
turutlah menangis ia tiada henti,
guntur di langit sabung menyabung,
tanah pun basah dunia pun mati.
Seksyen 2, BMC.
0
komen
Share to XShare to Facebook
seorang lelaki bersayap sebelah tinggung termenung,
sambil mengalunkan kecapi enam tali,
suaranya bernada esak dan parau,
nyanyinya berulangkali, "aku telah dibuang kerja."
dan pada jasad di hujung dasar kubur,
turutlah menangis ia tiada henti,
guntur di langit sabung menyabung,
tanah pun basah dunia pun mati.
Seksyen 2, BMC.
puisi serupa :
#pfbs,
kubur tak bernombor,
lelaki bersayap
matahari yang baik
Wahai matahari yang baik,
Padamu ku serahkan rasa hormat dan percaya diri,
Dan semoga engkau,
Terus tak jemu mendakap aku,
Dengan rapuh bersih sinarmu,
Dengan segar terik hangatmu.
Seksyen 2, BMC.
**cam bengap jugak sajak ni
1 komen
Share to XShare to Facebook
Padamu ku serahkan rasa hormat dan percaya diri,
Dan semoga engkau,
Terus tak jemu mendakap aku,
Dengan rapuh bersih sinarmu,
Dengan segar terik hangatmu.
Seksyen 2, BMC.
**cam bengap jugak sajak ni
puisi serupa :
#pfbs,
hormat,
matahari yang baik,
percaya diri
10.5.11
maafkanlah si pelukis itu, dia kehabisan warna pelangi
di bening matamu ada serpihan kolaj duka,
yang tercarik dari kanvas hidup,
hitam dan abadi dengan warna kesepian,
demi apa jua yang masih bersisa,
maafkanlah si pelukis itu,
dia kehabisan warna pelangi,
tapi kau pun enggan berpaling lagi,
dan dia pun lalu mati,
dengan comot airmata bercampur warna luka,
dengan berus celaka tertancap di dada.
0
komen
Share to XShare to Facebook
yang tercarik dari kanvas hidup,
hitam dan abadi dengan warna kesepian,
demi apa jua yang masih bersisa,
maafkanlah si pelukis itu,
dia kehabisan warna pelangi,
tapi kau pun enggan berpaling lagi,
dan dia pun lalu mati,
dengan comot airmata bercampur warna luka,
dengan berus celaka tertancap di dada.
puisi serupa :
#pfbs,
kolaj duka,
warna pelangi
9.5.11
Tentang Dia (Antara Gadis, Rudi dan Randu)
Ketahuilah aku si Gadis itu,
Lalu dimanakah kamu Rudi?
Saat Randu cuba menggagahi cintaku,
Kamu ada kemudian pergi,
Celaka apakah ini wahai Tuhan ku?
0
komen
Share to XShare to Facebook
Lalu dimanakah kamu Rudi?
Saat Randu cuba menggagahi cintaku,
Kamu ada kemudian pergi,
Celaka apakah ini wahai Tuhan ku?
puisi serupa :
#pfbs,
tentang cinta,
tentang rindu
8.5.11
sajak dari anak yang paling tak berbudi buat ibunya yang paling dia kasihi
saat ibu kau tinggalkan,
lenguh jemu beralang papan,
basah doa ibu mengiringmu,
hidup kau senang bertiang batu,
tapi ibu tua tega kau lupakan?
lancang tutur tak terucap,
kata katamu bak gunung yang menghempap,
sepatah ibu sepuluh kau lawan,
tahukah kau tangis ibu bererti tangis tuhan?
kederhakaan di kulit wajah,
walau dituris takkan berdarah,
bila hatimu segelap dasar ujung perigi,
kasih ibu tak surut walau ditimba berkali kali.
melangit ajaib kasih ibu tak tergapai,
maafkanlah diri ini anak paling tak berbudi,
dalam sujud doaku semoga sampai,
bahgialah ibu di rendang kasih ilahi.
tiada lagi tekun jari menyulam rambutku,
hilang sudah lembut sabar suaramu,
gahnya dunia tidak lagi memberi erti,
bila ibu pergi tak kembali.
airmata dititis jangan,
pesan ibu buat pedoman,
walau yang tinggal cuma dua nisan,
percayalah ibu, kasihmu kekal mengharum sepanjang zaman.
Selamat Hari Ibu.
Sayang Mak.

ibuku,
puisi kematian,
tentang rindu
7.5.11
pemilik mata yang luka, inilah sajak doa yang gagal untuk kita
wahai si pemilik mata,
di remang matamu yang luka,
ada penawar yang tak tawar,
menghunjam ia jatuh,
api pun bisa pudar,
cahaya lumpuh layuh,
hatiku karah jiwaku lelah,
pundakku perit dalam sujud aku menjerit,
dunia pun telah berpaling tadah,
bersama-sama angin gasar yang melayangkan seribu kerambit,
bertekal tugu aku melagukan semboyan berdoa,
langit pun lalu menjadi cermin hati,
dan pada awan yang dilukai retaknya,
menitiskan amarah dan darah yang parah dan merah,
dan kita pun pasrahlah di medan abadi sebuah penghujung duka.
maafkan aku duhai si pemilik mata,
aku cuma punya kata kata,
ku gubah jadi sajak dan doa,
seupaya aku mencuba,

namun takdir itu tetaplah bukan milik kita.
puisi serupa :
#pfbs
27.4.11
22.4.11
carik
kau bagai helaian helaian lusuh,
yang sengaja ku koyakkan dari novel kenangan,
agar sampai saat aku mengulang-baca,
tiada airmata yang membasahi halaman.
0
komen
Share to XShare to Facebook
yang sengaja ku koyakkan dari novel kenangan,
agar sampai saat aku mengulang-baca,
tiada airmata yang membasahi halaman.
puisi serupa :
#pfbs
8.4.11
malam dan subuh
langit malam ini adalah engkau
dan aku hanyalah titis titis embun
yang cuba membasuh rindu
dalam singkat subuhmu yang cemburu.
26.3.11
seorang bulan di langit muram
Telah kau campakkan bulan itu ke langit muram,
Apa sedarkah kau yang bulan itu adalah aku?
Dari jauh merenung hiba,
Ada sinarku yang terpantul di keruh kolam mata mu.
25.3.11
pohon kematian dan sayap timur yang cahaya
Telah dijanjikan pada pohon kematian itu,
Yang menumbuh subur dan gagah, di kebun tua yang debunya dari mutiara yang memerah bak delima,
Akan tiba suatu ketika akan ku jamah buahnya yang manis dan kelat,
Tetapi, tidak akan terpetik buah kematian,
Tidak hingga usai nama ku di ukir pada batang pohon itu,
Oleh pekebunnya yang berwajahkan Timur yang cahaya,
Oleh pemetiknya yang bersayapkan Lam Yalid Walam Yuulad,
Lalu bertanyalah; "adakah buah untukmu itu akan manis atau kekal kelat?"
Aku berharap yang manis manis sahaja,
Tapi kalau baja yang ku tolong tabur dulu bukan pula baja yang amal,
Apa nak ku harap buah kematian ku tidak pahit atau kelat?
Jadi sampai saat merasa, memakan dan menelan,
Saat buah kematian bercebis cebis melalui tenggorokan,
Hanya yang akan tahu cuma lah aku dan Dia,
Dan pohon kematian akan terus menumbuhkan hasilnya,
Dan nama nama lain akan terus diukir,
Tiap sebiji untuk satu jiwa,
Terus meranum, dipetik dan memutik kembali hingga ke penghujung masa.
terinspirasi dari mimpi2 lara kebelakangan ini yang kerap tentang hujan dan ribut bagai nak kiamat. tanda nya mungkin lara akan dapat bala sakit. tapi pada Tuhan saja kita berserah.
puisi serupa :
puisi kematian,
sayap timur
24.3.11
sepudar kejora (ii)
apa itu siang kanda?
kalau angin meniup fitnah,
matahari menempik herdik,
dan pada awan di kaki langit,
kini kelabu di dasar jiwa?
baca juga :
puisi serupa :
sepudar kejora
18.3.11
Review Buku - Senjakala oleh Baharuddin Kahar
Senjakala by Baharuddin Kahar
Nak pinjam? Boleh kontek lara. Kita tukar tukar buku!
View all my reviews
2
komen
Share to XShare to Facebook
My rating: 5 of 5 stars
Antara novel Melayu terbaik dalam memperlihatkan hubungan luhur antara bapa-anak-alam. Watak utama seorang lelaki tua bekas seorang pemburu ulung pada zaman mudanya, dengan anak perempuan yang mempunyai penyakit leukimia. Si anak mengidam makan daging rusa. Dan bapanya dalam kudrat yang tinggal sisa cuba memenuhi keinginan anak tunggal nya yang tunggu masa nak mati. Berhari2 dia berusaha menjejak rusa dengan penuh kepayahan. Tapi bila dia berjaya dapat, anak perempuan yang dikasihi nya sudah pun meninggal dunia. Sangat mengharukan dengan latar suasana kampung dan hutan rimba yang amat realistik TERBAIK! aku bagi 5 bintang.

goodreads,
review buku
5.3.11
rindu kita yang tak tertanggung
Kau buat hatiku lega,
dari beban rindu yang tak terdukung,
Beban rindu yang serupa,
yang turut sama kau tanggung.
puisi serupa :
#pfbs,
tentang rindu
24.2.11
sepudar kejora (i)
apa itu malam kanda?
kalau kejora lama pudar,
subuh hilang hangatnya,
dan pada embun di hujung rumput,
kini menitis di hujung mata?
baca juga :
puisi serupa :
sepudar kejora
14.2.11
tentang sunyi dan tentang sepi.
1.Sunyi itu adalah epilog malam cinta berdarah. Sayapnya parah, ditikam curang kekasih tersayang
2.Sunyi itu adalah sinar mlm dr bulan turun ke wajahmu, dan kau berpaling enggan lalu berbayang di redup matamu.
3.Sunyi itu adalah titis titis air mata, yang bergenang di telapak tanganku, kubuat siram pohon cinta kita yang telah layu.
4.Sunyi itu adalah pasir pasir rindu ditanah tandus, seribu tahun aku berhuma,sebatang cinta pun enggan tumbuh.
5.Sunyi adalah perahuku yang telah patah dayung cintanya, lalu karam di lautan rindu yang paling dalam.
6.Sepi itu adalah bila kau berpura pura buta, saat terpandang mantanmu dikelek orang, sedang kau masih mengemis cintanya.
7.Sepi itu adalah liku liku sungai hidup, yang lama kering airnya dek kemarau cinta.
8.Sepi itu adalah saat melangkah ke kubur cinta, yang pada nisannya, tercatit epitaph namamu sendiri.
#bait bait puisi dalam mengenang cinta yang tidak kesampaian. dinukilkan dalam bentuk teks yang terpost di twitter lara. selamat berkasih sayang. hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan mengenang segala rusuh di jiwa. tapi berbaloi di nikmati dalam bentuk puisi. semoga terhibur.
puisi serupa :
cinta,
malam,
sepi,
sunyi,
tentang rindu
29.1.11
mabuk
Aku yang mabuk dek khamar cinta,
Tiap tiap jajahan fikirku cuma ada kamu,
katakan saja, ya, aku memang gila!
Siapakan waras digoda dirimu?
2
komen
Share to XShare to Facebook
Tiap tiap jajahan fikirku cuma ada kamu,
katakan saja, ya, aku memang gila!
Siapakan waras digoda dirimu?
puisi serupa :
khamar cinta,
mabuk
20.1.11
kamu adalah aku
: Kepada JM
2
komen
Share to XShare to Facebook
Harum basah peluhmu adalah likat merah darahku,
Desah hangat nafasmu adalah degup denyut nadiku,
Kasar telapak tanganmu adalah hangat selimut tidurku,
Redup renung matamu adalah nian penerang malamku,
Sesungguhnya, seluruh hidupmu adalah tujuanku,
Jika mati kamu, maka punah jua lah aku-!

desah nafasmu,
jiwa,
mati,
selimut tidurku,
tentang cinta
13.1.11
Jika Aku Masih Begini, Tetapkah Engkau Kekal Begitu?
Jika pekat malam tanpa kerdip bintang itu adalah aku,
masih mahukah kau menjadi kelip kelip yang tulus cahayanya?
Jika gersang tanah di telapak kaki mu itu adalah aku,
masih inginkah kau menumbuhkan tunas tunas kasih di halamannya?
Jika keruh air di muara hayat itu adalah aku,
masih sudikah kau melayarkan perahu cinta di dadanya?
Jika matiku di hujung dunia terbenamnya lahad itu,
masih tegakah kau mengharumi nisan dengan air yang basah mawarnya?
Jika aku masih aku dan masih begini,
tetapkah engkau masih engkau dan kekal begitu?
tetapkah engkau masih engkau dan kekal begitu?
Published with Blogger-droid v1.7.4
puisi serupa :
aku begini,
bintang,
dia,
engkau begitu,
jika,
laut,
puisi murah,
tentang cinta,
tentang rindu
12.1.11
The Gardener Verse XLI - Rabindranath Tagore
I long to speak the deepest words I have to say to you
but I dare not – for fear you should laugh
That is why I laugh at myself and shatter my secret in jest
I make light of my pain, afraid you should do so.
I long to tell you the truest words I have to say to you
but I dare not – being afraid that you should not believe them
That is why I disguise them in untruth, saying the contrary of what I mean
I make my pain appear absurd, afraid that you should do so.
I long to use the most precious words I have for you
but I dare not – fearing I should not be paid with like value
That is why I give you hard names and boast of my callous strength
I hurt you, for fear you should never know any pain.
I long to sit silent by you,
but I dare not – lest my heart come out at my lips
That is why I prattle and chatter lightly and hide my heart behind words
I rudely handle my pain, for fear you should do so.
I long to go away from your side
but I dare not – for fear my cowardice should become known to you
That is why I hold my head high and carelessly come into your presence
Constant thrusts from your eyes keep my pain fresh for ever.

english poems,
Tagore,
translation
8.1.11
pagi tahun baru yang cantik
benar terang pagi ini,
pagi tahun baru yang cantik,
bulan masih di hujung laman,
matahari yang ku cinta,
kekal setia di langit baru,
masih jua memantulkan titik-titik embun kelmarin,
di atas hijau daun,mekar bunga dan berkas2 dahan,
dan dengarkan pada angin yang berbisik itu,
menyebarkan harum harum semangat lalu,
dalam dingin awal januari,
dalam lelah musim berganti,
dalam sabar putaran waktu,
dalam kenangan masa-masa yang dulu,
Ah!pantas amat ia pergi,
namun aku?
mengapa masih disini?
mengapa masih begitu?

Subscribe to:
Posts (Atom)